Asssalamualaikum ...

Mat Rempit aka Samseng Jalanan *diluluskan tak istilah nie?* kalau hujung minggu memang dasyat situasi kat bandar Kuala Terengganu nie..lebih 300 buah motor berkonvoi ntah ape-ape .. nie keadaan siang hari...dekat waktu maghrib...malam hari tak tau la...jalan raya dorang yang punya .. yaya rasa sah-sah dorang semua nie kena sumpah seranah dgn orang ramai.. mana taknya... jalan jd jem teruk ... laluan trafik dorang yang control ..*mana polis??* paling hebat kalau diperhatikan dorang hp sentiasa dalam genggaman.. agaknya dorang sentiasa SMS bg info antara satu sama lain..mungkin info tentang lokasi polis ....

*ehsan google ...


nie Yaya nak share surat pembaca dlm Berita Harian pasal mat rempit nie ...

Di Terengganu mat rempit diminta mendaftar sebagai pelumba motosikal secara profesional. Kerajaan negeri akan membiayai yuran pendaftaran, kos latihan, pakaian, peralatan, lesen perlumbaan dan insuran.

Ini sudah cukup bagus, semuanya akan ditanggung. Justeru, mat rempit perlu menyahut cabaran ini. Buktikan kehebatan berlumba motosikal secara sah dan bukan secara haram.
Tawaran menjadi pelumba profesional ini mungkin didorong semangat mahu melihat kegiatan lumba haram dapat dikurangkan selepas pelbagai usaha termasuk kempen dan operasi dilaksanakan tidak menampakkan keberkesanan.

Cuma yang belum dilaksanakan ialah undang-undang memperuntukkan hukuman lebih berat agar wujud rasa gerun dan insaf. Dalam operasi selama ini pelumba haram yang ditahan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Perlukah kita menggubal undang-undang antilumba haram yang memperuntukkan hukuman lebih keras seperti denda yang tinggi, penjara, merampas motosikal dan menahan lesen memandu?

Cadangan ini mungkin kurang disenangi pihak tertentu khususnya yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan individu. Ada pihak mengatakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Persoalannya pendekatan pendidikan dan kempen kesedaran yang bagaimanakah lagi perlu dilakukan untuk membentuk kesedaran?

Adakah kita hanya meneruskan kempen dan operasi seperti biasa dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan akibatnya lumba haram menjadi fenomena lumrah di negara kita? 


nota di kaki : baik punya cadangan..semua free ..nanti wujud ler lambakan pelumba professional ...^___^