Taman Tamadun Islam : Taman Monumen

Assalamualaikum ...

Taman Tamadun Islam : Taman Monumen | Tadi dah buat entri bayaran tiket masuk ke Taman Monumen..tapi tu hanya tiket masuk..bila dah duk dalam tu segala perkhidmatan kena bayar ok..termasuk sewa tram, buggie mahupun basikal..ataupun nak main paddle boat..


*gambar monumen agak blur2 sebab dirakam dalam tram yg sedang bergerak ^_^



 kami bertiga sewa tram..Wafiq tak kena caj..RM3.00 untuk satu tiket..tak kan nak naik basikal..nak tinggal mana budak Wafiq tu..naik buggie pun bukan bawak sendiri..ada driver...


Istana Taj Mahal , Agra, India ...simbol kasih sayang Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal ..



Kincir air TTI yg dibina berdasarkan teori AL Jazari, pakar mekanikal pada zaman kegemilangan Islam ..ada galeri juga di sini tapi tram tak berhenti di sini..


Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin..dibina pada tahun 692M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Di tingkat atas ada replika batu suci (batu terapung)..tingkat bawah pulak ada galeri yg agak besar berserta bilik tayangan..mula-mula tram berhenti di sini, kami dibawa ke bilik tayangan..lepas tu boleh ke ruang pameran..sayang tak dibenarkan ambil gambar ..



 di bilik tayangan







Aleppo Citadel, Syria ..dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat islam pada masa itu..



The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain .. Al-Hambra (Istana Merah) adalah istana purba dan kompleks kubu yang dibina diantara tahun 1238-1354 M di bawh pemerintahan Mohamed bin Ahmar, raja Nasrid pertama.


Kalyan Minaret, Uzbekistan..dibina pada tahun 1127M oleh Arslan-Khan, dibuat daripada bata yg dibakar, menara ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yg sempurna.


Great Mosque of Agadez, Niger ... masjid yang dibuat daripada tanah yg dikeringkan pada abad ke 16pada zaman kegemilangan Agadez, mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.


ermmm...tak dapat dipastikan monumen ini ^_^ ...


Xian Mosque, China...didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang..walaupun rupa masjid kelihatan seperti kuil Buddha tapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.



hujung sana adalah bandar Kuala Terengganu



tak de motif


 23 monumen dalam Taman Monumen di Taman Tamadun Islam :


1) National Mosque Malaysia 
 2 )Kudus Minar, Central Java Inonesia
3) Pattani Central Mosque,Thailand
4) Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei
5) Taj Mahal,Angra,India
6) Badshahi Mosque,Lahore,Pakistan
7) Kubbah A-Sakhrah,Palestin,
8) Great Mosque Of Samarra,Iran
9) Sheikh Lutfallah Mosque,Iran
10) Abu Nasr Parsa,Afghanistan
11) Al-Haram Mosque,Mecca,Saudi Arabia
12) Aleppo Citadel,Syria
13) Mosque Of Mohamed Ali,Egypt
14) Nabawi Mosque,Madinah,Saudi Arabia
15) Suleyman Mosque, Turkey
16 )Great Mosque of Qairawan,Tunisia
17) The Palace of Al-Hambra,Granada,Spain
18) Kalyan Minaret,Uzbekistan
19) Great Mosque of Agadez,Niger
20) Kul Sharif Mosque,Kazan,Russia
21) Xian Mosque,China
22) TTI Waterheel
23 )Sultan Mosque, Singapore


rasanya agak berbaloi kalau sewa basikal..boleh bergambar disetiap monumen..boleh duduk lama-lama sedikit disetiap monumen tu..suami dah ajak pergi lagi..katanya next time Wafiq kena tinggal kat rumah je... tapi sebelum tu dah berjanji dengan Wafiq nak naik River Cruise..juga di Taman Tamadun Islam ...





.

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. bestnyer...sue yg duk dkat ni xmasuk lagik kat dalam tu....biasa pergi minum dkat kafe ctu n bw akif main kat playground luar tu jek ;)

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan masuk....hari tu tengok dari jauh je...ye la pg pn ikut org cam2 la cepat je...:)

    ReplyDelete
  3. cantiknya......
    teringin nak pergi...


    dear, tak nak besarkan gambar ke? lagi puas tgk kalau gambar besar...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post