Dhuha

Solat Dhuha | Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam. Solat sunat yang sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ ini mempunyai pelbagai kelebihan.

Apa Itu Solat Dhuha


Solat Sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Dari sudut bahasa, al-Dhuha (الضحى‎) boleh diterjemahkan kepada “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”.

Waktu Solat Dhuha


Waktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.



Cara Solat Beserta Doa Dhuha


1. Lafaz Niat


أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”


2. Membaca Surah Al-Fatihah


Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.


3. Membaca Surah


Boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:

  • Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
  • As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
  • Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.



4. Bacaan Semasa Sujud Akhir Dhuha - dibaca 40 kali


Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala

Ertinya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah. Dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

5. Selepas memberi salam, bertasbih 10 kali

SubHaaNallahi Walhamdulillah Wa Laa IlaHa Illallahu Wallahu Akbar, WaLaa HawLa WaLaa Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil ‘Aziim, ‘AaDaDa KholQil-Lah WaBiDaWaaMi Mulkillah

Ertinya : Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar. Dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama mana kekalnya kekuasaan Allah.

6. Berdoa


Doa Dhuha 

Doa Dhuha dan Maksud


Maksud Doa Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan 
perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah 
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, 
kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan 
kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Cara mudah hafal doa Dhuha

Doa Dhuha dari kumulan UNIC ini lengkap dengan lirik. Bila diolah menjadi alunan yang merdu memudahkan kita untuk menghafal. 





Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dilakukan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang memelihara dua rakaat solat Dhuha, diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (Sunan Tirmizi: 476)

  1. Meneruskan wasiat dan sunnah rasulullah.
  2. Dipermudah dan dimurahkan rezeki.
  3. Mendekatkan diri kepada sang pencipta.
  4. Diampunkan dosa oleh Allah SWT.
  5. Diberi ketenangan jiwa
  6. Dibangunkan sebuah rumah di syurga.
  7. Melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.


 

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post