Assalamualaikum ...

Wafiq sangat suka dengan jemput pisang (read : cekodok pisang).. hari tu buat Muffin Coklat Pisang pun dia makan dengan tahap sangat luar biasa.hihi..tp buah pisang fresh sebiji pun susah nak habiskan..

 Wafiq habiskan semua ...

sebelum nie Yaya mmg malas buat jemput pisang..ye lah..terbesar api terus hangit..leka sikit pun hangit jugak..jadi bg mak buat dan kita tukang makan je..hehe..

tp bila dah kawen, dah ada anak..tak kan nak buat jemput pisang pun mintak tolong mak..nak tak nak kena buat sendiri..sebelum nie yaya letak adunan ke dalam kuali guna sudu..hasilnya leper-leper la rupa jemput pisang ku..mak ajar guna jari pun tak pandai jugak...dah buat banyak kali baru jadi..baru nampak bulat-bulat jemput pisang tu..

pic atas ... kemain lagi yaya nak snap gambar..lepas snap terus ke dapur..ada lagi jemput pisang dalam kuali..kang tinggal lama-lama hangit pulak..tp bila yaya jenguk balik satu pinggan dah licin...selamat semua dalam perut Wafiq..hehe..dan yang geramnya pinggan tu siap diterbalikkan.terkejut ahkak..bertuah sungguh anak sorang nie..

* lama tak buat Pancake Pisang ....



.