Sayang Mentua Cara Saya

Assalamualaikum ...

'' Apabila berkahwin..kita bukan sekadar berkahwin dengan pasangan kita tetapi dengan seluruh ahli keluarganya ''

Alhamdulillah...mentua yaya walaupun orang kampung dan sudah berusia, tapi fikirannya agak terbuka, sentiasa berfikir secara rasional..dan ayah dan ibu mentua banyak minat yang sama..antaranya suka membaca..dan sebab tu la yaya yakin mentua yaya dalam kebanyakan perkara tidak berfikir atau bercakap mengikut alamnya..dan hampir semua pendapatnya yaya boleh terima..jadi tak timbul rasa tak puas hati atau makan dalam atau apa saja..satu bonus buat yaya ^_^

Tapi tak dapat dinafikan memang ada mentua yang susah difahami .. adakalanya menyusahkan...bila difikirkan ikut logik akal ibu mana tak sayang anak, anggaplah ibu mentua seperti ibu kandung kita..kalau menantu punya budi pekerti menawan..lambat laun mentua akan tertawan..tak gitu ?

Yaya sendiri..habiskan 5 hari seminggu dirumah mentua, dengan suasana rumah yang agak sunyi..adakalanya tinggal kami berdua saja..jadi rasanya tak patut terperap dalam bilik..luangkan masa bersembang dengan ibu mentua (ayah mentua pendiam,jadi sembang dengan ibu saja la..^_^) ..masa nie la kita boleh memahami jiwa mereka..kenali mereka, suami yaya anak tunggal..jadi tak nak la biarkan mentua berfikir 'sejak anak aku kawen..sunyi je rumah nie..' sedih kan...tapi satu la..malam-malam yaya cepat benar mengantuknya..ada masa tu mata terbuka..mak mentua ada kat depan..tapi fikiran dah 'tidur'..hanyut...^_^

Kalau setiap kali nak keluar pulak..kata lah nak pergi makan ke, jalan-jalan ke.. yaya tak akan lupa soalan pemanis mulut nie..'ma ada nak kirim apa ke' ..nie soalan kalau mentua tak ikut keluar la.. sekali-sekala boleh tanya 'jap lagi nak pergi Giant .. jom la ikut' ..sekalai-sekala aje yer soalan nie..nak jugak privacy dengan suami..kan ? ^_^..bukan apa kalau kita tanya tak ada la nampak kita lupakan dia..biasa kalau tanya nak kirim apa baru ada benda yang mereka nak beli..nak suruh beli,mereka segan..biasanya ibu mentua yaya nak air 100 plus botol oren je..hihi..tak pun kfc..hehe..

Sentiasa gembirakan mereka..nie nak dekat nak raya..apa yang kita hadiahkan untuk ibu sempena raya..bg la jugak kat mentua..teringat raya dua tahun lepas yaya hadiahkan jubah untuk ibu dan ibu mentua..pagi raya mereka dah gelak-gelak sebab baju mereka sama cuma warna berbeza..hihi..lagi satu keluar berjalan ke, bercuti ke ingat-ingatlah akan mentua..beli la ole-ole..tak semestinya mahal..asal ada tanda kita tak lupakan mereka.

Kita sayang mentua..suami sayang kita.. macam mana nak terangkan kat korang ek..urm..ok la camni..ada masanya kita kena beralah..kena utamakan mentua..tapi tak nak la jauh kat sudut hati tu ada rasa sedih-sedih..


setakat nie .. ini yg terlintas cara saya sayang mentua..^_^

korang bagaimana ? ada tips tambahan kita kongsi bersama ...






.



5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Alhamdulillah, setakat ni hubungan saya ngan mertua sgt baik...

    tak dinafikan sgt kesian pada mereka yg dpt mertua mcm apa je kan...sedih sgt...ramai kwn alami mcm tu...

    ReplyDelete
  2. setuju sangat.. kita sayang mertua, suami sayang kita.. insyaAllah.. selalu ingatkan diri sendiri agar melayani mertua bagaikan ibubapa kita sendiri.. kita nakkan anak mereka, jdnya, hati mereka perlu kita jaga sebaiknya..

    ReplyDelete
  3. salam..

    tp kak mertua saya keras kepala gitu..alamak tak baik ckp mcm tu...hehe...

    tp btllah, dia suka suruh saya paksa suami saya buat benda y suami sy blm mampu lagi seperti beli rumah. sy fhm suami saya, tp hati mil pun nak kena jaga. last2 senyum mcm kerang busyuk je saya..

    ReplyDelete
  4. hurmm xleh citer kt sini kang kantoiii! :P

    ReplyDelete
  5. kayrul masa mula2 kahwin memang pendiam sangat..sepatah mak mertuanya sepatah la dijawab..bila dah ada anak nie baru la ramah sikit..

    masalah pendiam nie bukannya dengan keluarga mertua jer ngan keluarga sendiri pun kayrul tak banyak cakap...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post