Susu Tepung : Harga Naik , Kandungan Kurang

Semalam Yaya pergi beli stok susu tepung untuk Wafiq..terkejut sakan Yaya masa cashier scan harga...muka memang buat-buat maintain... hrga susu dah naik..ke ade inform dalam paper atau dalam perlimen ke..haih..memang tak tahu...

Wafiq minum anmum essential 1+ honey...

awal bulan lepas yaya beli dengan harga RM 46.79 untuk 1.3 KG
semalam pulak beli dengan harga RM 56.99 untuk 1.2 KG

tu dia kenaikan hampir RM10.00+ !!! isi kandungan pulak makin kurang.....tak puas hati..lepas bayar gi balik kat rak susu..check harga..mmg betul sama macam harga scan..tidak syak lagi memang naik harga..

yang baru nie formula tanpa gula tambahan..scoop dia makin kecik..tapi kita tak payah la tambah bilangan scoop masa nak buat susu tu sebab pack baru tanpa gula kepekatannya lebih tinggi dari yang lama..so walaupun isi kandungan makin kurang tapi sama je la....mungkin rasa sikit tawar berbanding lama tapi ok la sebab Wafiq pun makin membesar dan makanan pun sama macam orang dewasa makan..semua bergula..so ok la susu tak de gula...

lagi satu formula tanpa gula tambahan nie mengandungi lebih 100% DHA ...

sekarang Wafiq perlukan 1.2KG x 2 pek sebulan..tu pun tahan lebih dari sebulan sebab Wafiq masih minum susu ibu..ingat bila Wafiq dah dua tahun nak stop la menyusu..hihi..bukan apa Wafiq dah makin besar..berat makin bertambah..time menyusu dah jadi cam wrestling dah..lenguh seluruh badan rasanya...huhu...so lagi 3 4 bulan kena tambah la bajet untuk susu...

walaupun harga susu dah naik..bajet ibu pun dah lari..Wafiq jangan bimbang..Wafiq tetap boleh minum 'sushu' kegemaran Wafiq tu...demi anak ibu tersayang lagi terchinta ibu sanggup! hikhik!!!


4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. lega skg x yah susah pk beli susu..fatihah dah stop susu otomatik lepas stop botol...

    ReplyDelete
  2. Apa nak jadi la dunia sekarang ni.. Minyak naik, semua barang naik..

    ReplyDelete
  3. @Shafiq
    kalau susu yaya redha jer..tp bab minyak mmg tak paham!dahla kita banyak minyak....

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post