Musim Basikal Fixie , Tapi Yaya Mampu Beli Nie Je

Sekarang nie dah jd trend berbasikal .. selain mountain bike , fixie pun menjadi pilihan .. kalau kat Kuala Terengganu nie mmg akan jumpa geng2 yang naik fixie .. budak-budak ofis pulak selain dari futsal dorang gemor benor berbasikal lepas waktu kerja ... kadang-kadang berbasikal sampai 30 km .. heran Yaya tak penat ke dorang ? hihi ..

MR.TMFS lak macam dah terpengaruh dengan mountain bike nie .. hari tu dah gi usha kedai ..boleh tahan jugak harga .. yang dia berkenan tu berharga RM1,500.00 .. Yaya tak kisah kalau dia nak beli ... guna duit dia kan .. tapi setakat nie belum beli lagi la ..

adik Yaya yang form 3 tu pulak gigih benar berbasikal dengan Fixie dia ..lepas tu mula la mengadu sakit pinggang .. dah la basikal tu tinggi ..



nie la rupa basikal Fixie .. mana tak sakit pinggang .. mak Yaya cakap basikal tu size omputih yang lonjong-lonjong tu .. hahah!

dah la cakap pasal mountain bike dan fixie .. nie nak cerita basikal yang Yaya beli semalam pulak ...



tadaaa !!! nie nak panggil basikal apa nie .. basikal nie untuk Wafiq..harga kedai RM 70 .. tapi bila taukeh cina tu tengok muka mak Yaya  dia cakap dia kenal dengan arwah ayah Yaya ...haha ... terus dia bagi RM 55.. apesal tak bagi free je ... alhamdullillah .. bukam kemain suka lagi Wafiq ... masa kat kedai basikal tu dia tak nak bangun dari basikal dia .. last-last angkut dia dgn basikal sekali bawak masuk kereta .. sesak nafas angkut ... dah la budak tu semangat dia lain macam ..

dlm kereta pulak still tak nak bangun dari basikal baru dia tu .. tak bg letak kereta dalam bonet .. dia boleh duduk atas basikal kat seat belakang .. haih ...over excited tu .. sampai rumah pun sama .. tak nak keluar dari kereta .. terpaksa la kitaorg bersusah payah sekali lagi keluarkan Wafiq dengan basikal tu .. dia mmg tak nak berenggang dengan basikal ....


nie pic pg td .. bangun tidur terus cari basikal ... ape la anak ibu nie .. semalam lagi teruk .. nak tidur kaki nak letak dalam raga basikal .. kita alihkan kaki dia marah ...hihi ... lagi satu Wafiq nie suka sangat jadi pomen .. boleh dia letak basikal tu tayar ke atas .. pastu main pusing-pusing tayar .. masa beli kereta dulu pun sama ..dia buat macam tu jugak ...sambil main tayar sambil mencari muzik yang ade kat kereta tu dtg dari mana ... suka sangat explore ...


tapi sekurang-kurangnya tak dengar dah dia ajak pergi Giant beli basikal .. kalau tak  asyik sebut ..

' bu ...jom Giant ! .. vite ! ..ka ! ' ..

hahah! korang paham tak Wafiq cakap ape .. meh sini nak translate..haha..sesungguhnya hanya ibu dan ayah sahaja yang memahami bahasa Jerman anak yang sorang nie.. Wafiq ajak pergi Giant beli Solivite dan basikal ...hikhik..itu jer yang disebut setiap hari ...

ada tu kalau Yaya kata 'jom!' boleh pulak dia jawab macam atas tu .. padahal ajak dia pergi mandi jer.. hahah!

semalam saje test dia ...

Yaya : Wafiq nak pergi mana tu ?
Wafiq : Giant !
Yaya : nak beli ape ?
Wafiq : Vite !
Yaya : basikal tak nak beli ke ?
Wafiq : tu ka Afiq .. *sambil tunjuk basikal dia


 tu la lagak anak bujang Yaya dapat basikal baru .. rasa happy bila tengok dia happy .. :-)


9 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wahhh wafiq dah ada beskal.qilah pun br dapat warna purple..hehe

    ReplyDelete
  2. @Lydia Miza(Aidyl Azim)
    basikal Wafiq warna pelangi LM ..hihi.. macam-macamwarna ade ..

    ReplyDelete
  3. @umialya
    rasanya harus mengamuk budak Wafiq tu orang ambik basikal dia..sorok sekejap pun dah meraung!hihi..

    ReplyDelete
  4. alahai..comelnya la anak akak ni..cakap pelat pula tu..comel..~ hehe :D

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post