Kisah Ku Inginkan, Persembahan Memukau Dato' Sri Siti Nurhaliza Dan Judika di Rising Star Indonesia 2019

Assalamualaikum,

Kisah Ku Inginkan, Persembahan Memukau Dato' Sri Siti Nurhaliza Dan Judika di Rising Star Indonesia 201 | Merinding mendengar persembahan kolaborasi Dato' Sri Siti Nurhaliza & Judika yang boleh dipanggil 'Jusi' (gabungan singkatan nama Judika dan Siti). Mempersembahkan lagu tema dari drama Lelaki Kiriman Tuhan iaitu Kisah Ku Inginkan ternyata memukau penonton.


Walaupun Judika menyatakan beliau kurang sihat dan ada masalah suara ketika itu, namun persembahan tersebut bagi Yaya masih tetap sedap didenagr, tetap power! Lucunya, Dato' Sri Siti Nurhaliza  bergurau suara Judika seksi apabila menyanyikan laku bernada tinggi.

Sempat juga kolaborasi Jusi mengubah lagu Kisah Ku Inginkan kepada versi lain, joget atau mungkin dangdut. Dengarkan sendiri. Agak kelakar reaksi Judika ketika ini. 

Video di youtube dengan tontonan lebih 780 ribu tu ternyata juga mengundang komen-komen murni dari Malaysia dan Indonesia.  Pertama kalinya Yaya menyaksikan ruangan komen di youtube yang sangat bersih daripada kata-kata tidak sopan.

Menerusi lagu pun boleh bersatu. Gitew..Hihi.

ARTIFICIAL PLANT - MONSTERA

6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post