7 Destinasi Wajib Dilawati Di London

by - Thursday, February 21, 2019

Assalamualaikum,

7 Destinasi Wajib Dilawati Di London | Pernah teringin melancong ke Eropah? Melancong ke London terutamanya. Sebut sahaja London, mesti dah terbayang-terbayang akan keunikan London. London, bukan sahaja bandar yang penuh dengan sejarah serta mempunyai pelbagai daya tarikan. Pengunjung dapat menikmati permandangan landmarks serta kemegahan Sungai Thames yang menyusuri bandar metropolitan ini.

London ialah ibu kota England dan terletak di bahagian selatan sungai Thames. Sejak dua millennia dahulu, ibu kota menakjubkan ini telah menjadi tumpuan penempatan yang diasaskan oleh empayar Rom dan dikirakan antara ibu kota terpenting di dunia ini. London juga dinamakan sebagai kota yang paling dikunjungi dan paling memberi impak di dunia selain dari ibu kota Beijing serta New York. London memainkan pengaruhnya dalam aspek senibina, seni halus, kesusasteraan, fesyen, kewangan, media dan banyak lagi. Ibu kota yang menarik ini juga terletak di tangga 26 daripada 300 kota-kota terpenting dari segi pembangunan ekonomi. Jadi, apa yang menarik di London?   

7 Destinasi Wajib Dilawati Di London

Sekiranya merancang ke London, senaraikan tempat-tempat di bawah ini ke dalam list destinasi yang wajib dilawati.

1. Istana Raja Henry ke-7


Dikatakan sebagai residensi yang disukai beliau pada ketika itu. Nikmati kecantikan senibina dalaman base court istana serta bilik-bilik yang ada. Penuhi juga citarasa dengan mencuba makanan yang dibuat di dapur Tudor serta berjalan melalui taman-taman istana yang berkeluasan lebih 60 ekar, menjadikan istana ini adalah istana yang terbesar di dunia. Jangan ketinggalan menjelajah ke Haunted Gallery. Di sini terdapat satu lagi istana iaitu Baroque Castle yang dipenuhi cerita-cerita seram serta fakta-fakta menarik semasa pemerintahan kejam Raja Stuart dan Georgia. Ada bayaran dikenakan sebagai tiket untuk masuk ke istana ini dan pihak pengurusan akan menawarkan panduan audio untuk kemudahan pelawat.

2. Buckingham Palace


Selain itu, wajib juga untuk mengunjungi istana yang paling popular di dunia iaitu Buckingham Palace yang terletak di tengah-tengah ibu kota London. Sebelum ke sini, anda perlu tahu bahawa Buckingham Palace hanyalah dibuka kepada orang awam ketika musim panas. Buckingham Palace masih lagi menjadi kediaman Ratu England, Queen Elizabeth. Terokai 19 buah bilik menyambut tetamu serta melangkah masuk ke bilik Ratu untuk menyaksikan istiadat menyambut tetamu rasmi yang berkunjung ke istana tersebut dan asyikkan permandangan anda dengan hasil-hasil seni halus yang dikumpul dan dipamerkan. Anda pasti akan terpesona dengan artifak-artifak serta senireka halus yang semuanya mempunyai harga yang tidak ternilai dan beberapa hasil itu direka oleh artis-artis terkenal seperti Rembrant, Leonardo da Vinci, Canaletto, Rubens dan ramai lagi. Terokai juga taman-taman yang mengelilingi istana tersebut yang merupakan satu oasis di tengah-tengah ibu kota London ini. Taman-taman ini merupakan rumah kepada 30 jenis spesis burung serta lebih 350 spesis bunga liar yang berbeza.

3. Royal Observatory Greenwich


Kunjungi juga Royal Observatory Greenwich dan berdiri di Garisan Meridian yang telah menjadi indikasi timezone dan masa bagi seluruh dunia sejak berabad dahulu. Berdiri di garisan tersebut dengan satu kaki di timur dan satu kaki di barat! Dengan panduan audio percuma, anda boleh pelajari tentang penemuan saintis-saintis zaman dahulu serta inovasi pencipta-pencipta terhebat seperti Isaac Newton, Einstein dan Gallaleo Gallalei dalam pelbagai bidang saintifik. Terokai bagaimana minda-minda hebat ini telah memetakan lautan dunia serta bintang-bintang di angkasa dalam Octagon Room yang dibina oleh Christopher Wren pada 1675. Lihat juga Equatorial Telescope yang direka 100 tahun terdahulu dan memberi ruang kepada saintis untuk membuat penemuan mereka tentang alam semesta.

4. Madame Tussauds London


Madame Tussauds London diwujudkan pada tahun 1836 di Baker Street London. Mungkin anda pernah dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik ni di mana-mana bandar besar di dunia, tapi kalau anda nak tahu Madame Tussauds London adalah muzium original patung lilin ni. Anda boleh bergambar dengan selebriti terkenal dunia, walaupun sekadar patung lilin tetapi Nampak sangat real. Antara tarikan menarik yang ada di sini adalah patung lilin Prince Harry dan Meghan, yang menariknya, anda boleh memilih latar belakang di mana anda ingin ‘menemui’ mereka, sama ada di pantai, semasa wedding dan banyak lagi.

5. Sea Life London Aquarium



Terletak di County Hall, Westminster Bridge Rd, Lambeth, London SE1 7PB. Beroperasi pada setiap hari dan bayaran masuk dikenakan. Sea Life London Aquarium merupakan salah satu lokasi paling best dan luar biasa untuk kunjungi bersama keluarga. Anda sekeluarga dapat menerokai dunia dalam air dengan melalui laluan terowong bercermin lutsinar dikelilingi oleh akuarium. Di dalamnya terdapat pelbagai spesis hidupan laut. Antaranya obor-obor, ikan pari, ikan jerung, ikan nemo, penyu, dan bermacam lagi hidupan air yang berwarna-warni dan bersinar. Kanak-kanak pun akan lebih seronok kerana disediakan aktiviti melibatkan kanak-kanak. Ada juga kedai cenderamata dan harganya tidaklah terlalu mahal. Pengalaman berada di sini pasti tidak dapat dilupakan dan menjadi memori terindah.

6. Hamleys Toys London – Regent Street


Hamleys Toys London – Regent Street bukan kedai mainan biasa. Kedai mainan setinggi 7 tingkat menjadikan ia kedai mainan terbesar dan tertua di dunia. Terdapat pelbagai jenis mainan, termasuklah game komputer, patung, gajet terbaru, permainan klasik dan ruangan koleksi khas. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa pun akan rambang mata dan hyper sebaik sahaja melangkah ke dalam Hamleys London. Yang menariknya lagi, kebanyakan mainan di kedai ini di demonstrasi cara bermain dan sudah tentu anda boleh sama-sama bermain.

7. London Eye


Tidak sah kalau melancong ke London tanpa melawat London Eye. Dibuka pada setiap hari, The London Eye adalah nama yang diberikan kepada roda ferris di London yang bersaiz gergasi yang terletak di tepi sungai Thames. Sesiapa sahaja yang bertuah dapat menaiki roda ferris ini dapat melihat pemandangan yang luas sekitar kota London pada sudut 360 darjah. Pada waktu malam, roda ferris ini begitu indah kerana dinyalai dengan cahaya yang berwarna-warni pastinya memukau pandangan mata. Anda juga boleh menempah ticket secara online dan memilih untuk berkongsi pod roda ferris dengan pelawat yang lain atau mendapatkan pod peribadi sendiri. Jangan lupa untuk rakam pemandangan kota London.

Berminat untuk menikmati tempat-tempat ini serta banyak lagi tempat menarik di London? Anda cuma perlu search Cathay Pacific Malaysia online booking di web browser dan penuhi details penerbangan anda di ruangan yang diberikan. Cathay Pacific menawarkan harga dari RM 4,628 bagi penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Heathrow International Airport (LHK) dengan satu stop transit di Hong Kong (HKG). Waktu penerbangan direct akan memakan masa selama 12 jam tetapi dengan stop transit ke Hong Kong, jam penerbangan akan mengambil masa selama 19 jam. Anda dibenarkan untuk membawa luggage seberat 30kg serta satu bag hand-carry ke dalam flight.

Jadi, apa lagi? Penuhi segera impian anda untuk melancong ke London. Kunjungi pautan Cathay Pacific dan mulakan booking cheap flights to London anda sekarang!

You May Also Like

9 Comments

  1. Menarik dan setiap satunya mesti ada kisahnya tersendiri.

    ReplyDelete
  2. Mama harap dot Lah menjejak London Satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. jika ada duit memang nak ke London sgt2 tp buat masa sekarang cuma mampu ke Lundang, Kelantan aje la. huhuhuhu….

    ReplyDelete
  4. insyallah semoga ada rezeki nak pergi sana.. tingin nak pi =D

    ReplyDelete
  5. satu hari nanti, nak juga ke sana..insya'Allah

    ReplyDelete