Akok Rare - Akok Kedut Tersohor Di Terengganu

by - Sunday, February 17, 2019

Assalamualaikum,

Akok Rare - Akok Kedut Tersohor Di Terengganu. Tak salah kalau Yaya labelkan Akok Rare sebagai akok kedut tersedap di Terengganu. Sebabnya, dalam banyak-banyak kuih akok, Akok Rare ini lah yang paling menepati citarasa Yaya.


Dah banyak kali Yaya order Akok Rare. Bukan sekadar untuk minum petang  tetapi kalau ada keraian di rumah atau di pejabat, pasti yaya akan tempah kuih akok dari Akok Rare. Sekejapan sahaja dah habis. Tetamu yang hadir pasti akan bertanya di mana Yaya beli  kuih akok yang sedap tu.

Kebiasaanya, kuih akok akan rasa manis gula. Tapi lain pula Akok Rare. Rasa akok yang manis secukup rasa tapi cukup lemaknya. Pernah Yaya beli dan minta di pek dalam bekas kecil-kecil, nak bagi jiran-jiran merasa, keputusannya jiran-jiran pun sependapat dengan Yaya. Siap datang rumah tanya beli di mana.


Cara pembakaran masih lagi dilakukan menggunakan kaedah tradisional, bakar guna sabut kelapa.


Kalau dalam gambar paling atas sebekas tu RM30 dapatlah 45 keping. Anak bongsu Yaya suka sangat makan Akok Rare ni. Kalau beli kena beli lebih la. Nanti yang lain tak sempat merasa.Hihi.


Bagi penduduk Terengganu atau pengunjung luar yang berkunjung ke Terengganu, jangan lupa singgah di gerai Akok Rare bertempat di Kampung Bukit Guntong. Rasai sendiri keenakan kuih akok, kuih tradisi Terengganu. Yaya sertakan nombor telefon sekiranya ingin bertanyakan lokasi ataupun ingin membuat tempahan awal.

Akok Rare Bukit Guntong
No. 6 Kampung Bukit Guntong, Kampung Tepoh,
21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel :013-9332548

Tak susah untuk ke lokasi gerai Akok Rare. Sekiranya dari Batu 6, ada lorong sebelum Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Dari jalan besar dah nampak kepulan asap. Gerai Akok Rare lah tu. Yaya sertakan google maps untuk memudahkan pencarian.

Google Maps Akok Rare:

You May Also Like

8 Comments

  1. tak pernah try akok ni...sini susah nak jumpa...

    ReplyDelete
  2. Pernah makan kuih Akok 2,3 kali. Manis :) Hehe

    ReplyDelete
  3. Asalam Terengganu memang kaya dgn makanan..
    Etuza follow ya

    ReplyDelete
  4. sedap nih.. kalau ke sana wajib cari ni

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan akok pun walaupun banyak tengok kat pasar

    ReplyDelete
  6. CT mcm ade love hate relationship dengan akok ni.. kadang tekak terima kadang x.. adakala rasa tingin tapi most of the time xmo. hehe mcm manee tu ? tapi tengok gambar ni skrnng rasa tingin.. hehe..

    ReplyDelete