Buat Sendiri Coconut Shake, Pasti Puas Hati!

by - Monday, February 25, 2019

Assalamualaikum,


Buat Sendiri Coconut Shake, Pasti Puas Hati! | Apa-apa pun, terutama melibatkan makanan dan minuman kalau buat sendiri pasti puas hati. Dapat makan dan minum banyak-banyak.Hihi
Coconut Shake Homemade

Dengan sebiji kelapa muda, dapat satu jug besar coconut shake. Nak membuat pun mudah. Main campak-campak je semua bahan-bahan dalam pengisar.


Bahan-bahan:
  • 1 biji kelapa
  • 1/2  tin susu pekat 
  • 4 cawan ketulan ais  
  • 5 sudu besar aiskrim vanilla
Cara-cara:

Masukkan air kelapa berserta isinya ke dalam pengisar. Boleh letak separuh je dulu air kelapa takut tak muat pengisar. Lebihan air kelapa boleh ditambah selepas dah kisar semua.

Masukkan juga bahan-bahan lain susu pekat, ais, dan aiskrim vanilla. Blend sampai halus dan gebu gitew..hihi..

Kalau coconut shake nampak pekat boleh tambah ais. Kalau kurang berlemak tambahkan aiskrim. Dah namanya campak-campak..last-last kena adjustlah mana patut..hihihi

Juga boleh tambah dua scoop aiskrim dan tabur chocolate chip ataupun chocolate rice sebelum minum. Sedapnya!

You May Also Like

6 Comments

  1. Betul. Bila buat sendiri puas hati. Boleh makan atau minum berulang kali.

    ReplyDelete
  2. Time panas- panas ni best la minum kan...sejuk je masuk ke tekak

    ReplyDelete
  3. oooo mcm ni la pula nak buat ... ok, esok misi mencari kelapa ...
    tq share resepi.

    ReplyDelete
  4. wah. menarik ni, yaya.
    betul, lebih jimat.
    dan surely tang rasa, kita boleh alter sendiri ekk...

    ReplyDelete