Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog | Kali ni Yaya nak support giveaway dari rakan blogger, Shida. Tengok banner ada tergantung ketupat nasi terus rasa tertarik-tarik diri ini nak turut serta. Hihi.

Giveaway ni bersempena 5000 orang follower di blog Shida, bersempena penukaran nama domain yang baru, blog berwajah baru dan bersempena road to 10juta pageview. Tahniah Shida!!!

Yaya follower ke 5003..lama dah follow sebenarnya tapi guna google akaun lagi satu. Sebelum ni blog ni guna google akaun yang lain, tapi masa nak apply adsense buat emel gmail dan sekarang Yaya follow guna akaun google yang baru.

Suka tengok blog Shida, kemas je, template tersusun, warna putih + biru lawa sanagt kan. 

Bila tengok banner ni terus teringat kenangan puasa dan raya tahun lepas dalam suasana PKP. Memang menjadi sejarah yang tak akan dilupakan. Hari ni dah 8 Syaban, dah dekat sangat dengan bulan Ramadhan, pastu Syawal..raya dah weh.. Macam mana lah puasa dan raya tahun ni ...

Yaya selalunya akan siapkan keperluan untuk raya sebelum puasa. Nanti dah masuk bulan puasa tak perlu nak fikir untuk shopping lagi dah.. Memori tahun lepas, yaya beli juga 2 pasang jubah baru, satu warna hitam dan satu lagi warna putih. Awal Yaya beli, lalu lalang sale di wall FB. Jubah-jubah ni Yaya beli untuk pakai pergi terawikh di masjid. Sedihnya..tiba-tiba dunia berdepan dengan virus Covid-1, tak dapat ke masjid.

Pagi tadi pula adik Yaya whatsapp. Awal pagi dah tanya Yaya dah beli baju raya untuk anak-anak ke? Pastu baru lah macam..eh terlupa nak raya dah. 

Itulah, tak ada persiapan raya. Mood nak beli baju raya tak ada. Tapi kuih batang buruk dah makan dah sebalang sempena pra Syawal di bulan Syaaban. Haha. Biskut raya ni sebenarnya lagi sedap makan masa-masa macam ni..bukan time raya. Raya nak makan menu lain. 

Tapi persiapan puasa ada..haha.  Sebelum ni, sarapan, tengah hari, makan malam memang cemerlang, tak pernah gagal untuk makan. Haha. Di bulan Syaaban ni, kena belajar latih perut ni makan kuantiti yang sedikit. Sarapan wajib ambil, tengah hari dan makan malam tu dah boleh skip mana satu. 

Korang dah start persiapan raya ke? Sebelum tu join lah dulu giveaway ni. Klik je banner atas tu.. Syarat-syarat pun mudah je dan Shida kata hadiah pastinya menarik. CX , Cik Nor meh lah join...hihi.