Edisi Khas Nak Ubah Hidup (Nuh) - Program Percuma Bina Bisnes Berjaya Bantu Usahawan Untuk Bangkit Berubah Ekoran Pandemik | Ramai usahawan termasuklah mereka yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terkesan dengan pandemik yang melanda dunia setahun yang lepas. 

Untuk bangkit semula bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Di program Nak Ubah Hidup  anda akan belajar dan faham, pentingnya untuk membina kebebasan masa, kebebasan kewangan, kebebasan membuat pilihan, memberi nilai kepada orang lain, membina kekayaan dan persediaan dunia dan akhirat.


Edisi Khas Nak Ubah Hidup (Nuh)


Apa Itu Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)?

Merupakan program intensif 3 hari bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. RichWorks dah berjaya bantu lebih 400 ribu peserta walaupun dalam tempoh PKP untuk terus survive!

Di saat ramai orang dibuang kerja dan tak tahu ke mana nak tuju, di saat ramai usahawan lemas dengan cabaran yang tak dijangka pada tahun 2020, RichWorks tanpa henti membantu usahawan dan bakal usahawan untuk keluar dari kepompong ketakutan.


Richworks Nak Ubah Hidup


Edisi Khas Nak Ubah Hidup 

Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Bina Bisnes Berjaya

Datuk Wira Dr Azizan Osman


RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini.

Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.


Program Percuma Nak Ubah Hidup


"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa.''

"Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia di sini hari ini.

RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi.

Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.


Bagaimana Nak Ubah Hidup


"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah.

"Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya.

Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

"Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini," jelasnya.


Masa untuk kembali bangkit...

Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik.


Gagal bukan selamanya

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut mengenai Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup secara PERCUMA pada 26 hingga 28 Mac 2021 ini, layari laman web :


 www.BinaBisnesBerjaya.com 


Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Jangan mudah mengalah. Jadikan kegagalan sebagai pencetus untuk mencipta kejayaan yang luar biasa. Yang penting  banyakkan sabar, usaha dan sentiasa berdoa. Selalu ada harapan bagi mereka yang sentiasa berdoa dan selalu ada jalan bagi mereka yang sentiasa berusaha.