Review Alcatroz 2.4G Wireless Keyboard And Mouse Jellybean A2000 | Yeay!!! Dah beli set combo keyboard dan mouse jenama Alcatroz di Shopee. Seronok sikit nak menaip di blog ni hah. Sebelum ni guna laptop. Tapi tu lah..laptop lama..skrin dah uzur, ada bintik hitam, warna skrin pun tak terang. Mengadap kejap dah mengantuk jadinya. Hihi.

Selepas habis kuarantin 10 hari bulan Januari hari tu, terus down mood Yaya nak update blog. Dua kali kena swab PCR, masa tu walaupun banyak masa terluang kiranya boleh sangat lah nak update kisah kuarantin setiap hari. Tapi emosi tak stabil. Review, advertorial jangan cakap lah, memang tak ambik. Asyik duk fikir kalau result positif macam mana lah anak-anak. Kesiannya kalau dorang kena swab. Habis kuarantin laptop memang tak sentuh, tersadai berdebu atas meja. Sekali sekala jenguk blog guna handphone je..

Sehinggalah suatu hari tu. Masuk bilik tengok ada desktop baru atas meja..desktop Asus warna putih! Mouse dan keyboard extra ada je, tapi warna hitam. Tak cun lah pulak tak sama warna. Jadi cari lah satu di Shopee, Jenama Alcatroz jadi pilihan. Review pun bagus-bagus.

Alcatroz Combo Set


Alcatroz jenama produk dari Singapura dan dibuat di China

Dan ni hah blogger Malaysia dari Terengganu sedang guna set combo mouse dan keyboard Alcatroz untuk menaip di blog. Pusing Asia gituh.  Hahhaha

Yaya beli satu set ni dengan harga RM 49.90 tidak termasuk kos penghantaran RM4.00.  Akan dapat keyboard,mouse dan USB dongle. Ada banyak pilihan warna. Yaya pilih semua warna putih. Warna gabungan putih/mint pun lawa sangat tapi tak ada stok. Gabungan warna putih/peach pun ada.

Spesifikasi Alcatroz 2.4GHZ Wireless Keyboard Jellybean A2000


Alcatroz 2.4G Jellybean A2000 2.4G

- 96 unique rounded soft and silent key with multimedia shortcut keys 
- The soft and silent keystrokes give a unique typing experience 
- UV Coated keypads - Ensures longer durability of the keypad lettering when compared with conventional silkscreened keyboards
- Keyboard actual size: 385.5 x 134.8 x 28mm
- Wireless distance: Up to 10 meters
- Need 2 x AAA battery to operate (alkaline battery included)

Spesifikasi Alcatroz 2.4GHZ Wireless Mouse Jellybean A2000


silence mouse

- High-Definition 1200 CPI wireless opttical mouse
- Responsive and durable switches
- Mouse actual size: 100.5 x 60 x 35mm
- Wireless distance: Up to 10 meters
- Need 2 x AA battery to operate (alkaline battery included)

Kenapa pilih keyboard dan mouse Alcatroz Jellybean A2000?

Ciri pertama yang Yaya cari mestilah keyboard yang cantik dan tak bising bila menaip. Design mekanikal keyboard yang ada di pasaran banyak yang cantik-cantik tapi yang mekanikal ni ada bunyi..macam dah guna mesin taip zaman dulu kala. Tapi sedap juga guna mekanikal keyboard, tahu tu sebab suami guna yang tu. Kalau untuk Yaya tak sesuai lah, dah la update blog tengah malam, terganggu pula tidur seisi rumah. Hihi.

Selain tu, keyboard Jellybean A2000 ni ada bateri indikator.  Kalau indikator dah mula berkedip, tu petanda bateri dah semakin lemah. Mudah lah nak standby bateri siap-siap.

soft and silent keyboard

Untuk penjimatan tenaga, Jellybean A2000 akan berada dalam mode 'sleep' sekiranya tidak aktif dalam 10 saat, dan akan 'hibernate' sekiranya 15 minat tidak aktif. Nak bangunkan tidur dia tu korang tekan je lah apa-apa key, sama je macam keyboard lain.

Keyboard Alcatroz ni memang best sangat. Lembut je key. Dah lah cantik dengan key bentuk bulat. Ada shortcut key pula tu untuk multimedia. 

12 tombol untuk shortcut multimedia button 

  1. Media Player (FN+F1)
  2. Volume Down (FN+F2)
  3. Volume Up (FN+F3)
  4. Mute (FN+F4)
  5. Previous (FN+F5)
  6. Next (FN+F6)
  7. Play/Pause (FN+F7)
  8. Stop (FN+F8)
  9. Internext Explorer (FN+F9)
  10. Email (FN+F10)
  11. My Computer (FN+F11)
  12. Favourite (FN+F12)

Untuk mouse pula mestilah nak yang ada button on off. Tak lah terbazir bateri tu.  Size mouse sedang elok je dengan tapak tangan Yaya. Yaya suka mouse yang leper, tak tinggi. Barulah selesa tak sakit tapak tangan. 

Mouse Jellybean A2000 ni selain digunakan untuk komputer pun support untuk connection di TV. Dari segi bunyi sama macam keyboard, slow je bunyinya bila klik.

Korang kalau terberkenan dengan mouse dan keyboard ni, boleh la jenguk-jenguk di Shopee.

https://invol.co/cl31y4s warna pastel tu cantik sangat kan?


4 Comments

  1. segalanya baharu...pastinya semangat nak berblog pun makin tinggi!

    ReplyDelete
  2. cantik
    suka jari jemari lepas ni nak menaip

    ReplyDelete
  3. Tak pernah guna keyboard warna putih. Nampak cantik sungguh!

    ReplyDelete
  4. Macam best je yaya! tapi tu la shida dah guna laptop pun ^_^
    dia sesuai jika guna desktop kan :)

    btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.