Amalan-amalan sunat menyambut kelahiran bayi | Kehadiran cahaya mata sudah tentu merupakan saat paling indah bagi setiap ibu bapa. Antara nikmat paling besar dalam hidup adalah menerima cahaya mata. Zuriat yang merupakan amanah kurniaan dari Allah SWT mestilah dijaga dengan sebaiknya. Dididik, dibesarkan dengan cukup kasih sayang. Diberikan ilmu agama secukupnya.

Dan langkah pertama yang perlu diambil oleh ibu bapa sebagai amanah terhadap anak ialah menyempurnakan amalan-amalan sunat menyambut kelahiran bayi.


Amalan sunat menyambut kelahiran bayi



Berikut adalah amalan-amalan sunat tanda kesyukuran menyambut bayi baru lahir :

1. Azan dan iqamat


• Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.

• Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.

Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan binAli: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”


2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran


Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.

3. Memberi nama yang baik

Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”

4. Tahnik (Belah Mulut)


Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.

Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Ulama menyatakan bahawa bayi yang baru lahir sunat dibawa menemui orang yang soleh dan bertakwa, meminta dan mentahniknya dan mendoakannya supaya beroleh kebajikan dan keberkatan.

5. Cukur rambut


> Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.

> Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.

> Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).

> Adalah dilarang membuat jambul.

> Mencukur keseluruhan rambut dan bukannya menggunting sebahagian rambut

> Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadisriwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”

6. Aqiqah


> Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya.

Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

> Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

> Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”



Doa untuk bayi baru lahir


doa bayi baru lahir

Doa untuk bayi lelaki


doa bayi lelaki

Doa untuk bayi perempuan


doa bayi perempuan


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang bakal menjadi ibu dan ayah.

2 Comments

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.