Kuih Orang Lama, Kuih Sepanjang Zaman | Lama dah tak buat sendiri kuih muih. Kuih muih, kek  nak membuatnya kena datang seru. Kalu rasa nak makan sangat beli je lah. Di Kuala Terengganu ni banyak tempat jual kuih muih. Antara gerai kuih yang popular adalah Gerai Kuih Pok Him Sayang di Pasar Payang. Korang kalau ke Pasar Payang, wajib tuju gerai Pok Him. Aneka pilihan kuih muih tradisional yang dijual dengan harga berpatutan.

Tapi Yaya jarang lah ke Pasar Payang, tempat sesak tu. Bagi pelancong je lah pergi sana. Haha. 

Ada satu lagi gerai menjual kuih tradisional iaitu Bazar Kuih Muih Tradisonal di Gong Kapas, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Khairiah. Banyak pilihan kuih tradisional dan moden. Yaya selalulah beli kuih tepung bunga. Kalau nak buat hantaran pemanis  mesti datang sini beli jala emas. Dulu ada jual kuih taming sari kat sini. Memang sedap, tak jumpa lagi yang sesedap tu kat tempat lain. Sekarang lama dah tak jumpa kuih taming sari.

Ok lah, Yaya nak share beberapa jenis kuih orang lama yang Yaya makan kebelakangan ni. Tapi jangan tanya resepi..sebab ni edisi kuih tunjuk-tunjuk. Hihi

1) Kuih Pusu

Kuih pusu ni lembik-lembik tesktur dia. Tak pasti lah negeri lain ada tak kuih ni? Ke korang ada nama lain untuk kuih ni?

kuih pusu

2) Ubi Getuk

Ubi getuk ni rasa dia biasa-biasa je. Masih lagi sedap kalau orang pertama kali makan. Tapi dah pernah makan yang lagi sedap dari ni. 

Ubi Getuk

3) Asam Gupal

Asam gupal kalau tak letak nangka kurang sikit umphh tu. Kurang suka asam gupal saiz besar, kalau dapat yang saiz comel-comel mudah. Sebiji terus masuk mulut!

Asam Gupal

4) Kuih Bait

Kuih bait ni memang lejen. Masa yaya kecil harga kuih ni seketul seposen je. Tapi dalam gambar nu dapat free je. Pakcik jual sarapan tu mesti bagi free kuih. Kuih ni melekit, nak makan punyalah habis melekit kat tangan, tapi sedap! Dengan inti kacang dal...memang suka sangat kuih ni.

Kuih Bait

5) Loklik

Lain macam bentuk loklik kali ni. Biasa bulat-bulat. Ada yang panggil tepung gomak, kuih kepal. Loklik ni feveret kuih.. Kalau ternampak mesti beli.

Loklik

6) Putu Mayam

Setakat ni ada satu kedai je yang Yaya tahu ada jual putu mayam ni. Mungkin kat tempat lain ada, tapi Yaya bukan jenis jelajah kedai makan, makan kedai sama je.. Kalau datang Kuala Terengganu nak makan putu mayam boleh cari di Saharah Tandoori, Jalan Tok Lam. Datang masa sarapan okeh, kalau lambat bye bye je lah. Hihi.

Putu mayam

7) Tepung Pasung

Dari kecil makan kuih ni.  Kuih pasung berbentuk kon dalam daun pisang. Kalau buat sendiri mencabar juga ni, nak kena buat acuan daun pisang dulu..haish..

Tepung Pasung


Dalam 7 kuih lama di atas satu je yang homemade. Asam gupal tu adik Yaya buat. Dia buat guna inti kacang hijau. Yaya lagi suka asam gupal inti kacang dal. Kalau dah depan mata, percuma pula tu, kita makan je. Hihi.

Kuih tradisonal ni ada yang mudah dan ada yang rumit nak buat. Yaya pernah buat kuih lapis. Tapi sekarang ni malas dah nak berdian lama-lama mengadap dapur. Macam tak percaya dulu-dulu buat sendiri kuih cara manis, kuih bakar pandan .. dengan apam polka dot tu gigih buat sendiri.

Petang-petang macam ni buat post pasal kuih ni, dengan tuan tanah pulak terliur. Haish..dah la tengah hari tadi tak makan. Terus rasa lapo..haha. Ada kan jap lagi buka foodpanda order ubi getuk. Haha.


17 Comments

  1. Kuih Pusu tu kat Negeri Sembilan pun ada tapi nama dia lain apa ek ntahla nama sebenarnya apa Mrs. A panggil kuih kaswi je...

    ReplyDelete
  2. X pernah jumpa kuih2 antik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..antik terus! Sini mudah je nak dapat..

      Delete
  3. Ubi getok tu antara kegemaran PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feveret sis jugak..kalau mai rasa teringat nak makan ngalahkan mak buyung mengidam! haha

      Delete
  4. kuih pusu tu bkn mcam kaswi ke?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ye...kuih orang lama ni tak muak. Sedapppp!

      Delete
  6. Tepung gomak dan asam gupal tu antara kuih favourite. Tapi lama dah tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tempat susah nak jumpa kuih muih orang lama ni..

      Delete
  7. lama dan payah nak jumpa
    ubi ketuk putu mayan biasa jual yg lain kat kelantan mesti ada kan

    ReplyDelete
  8. Agaknya kuih pusu tu sama dengan kuih kaswi @ kosui kot.

    ReplyDelete
  9. omaigad sedapnya. lama yang amat tak makan. rindunye

    hehe sorry akak, ray baru perasan tak follow lgi. followed you here.

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.