Lactel Dessert Makan Dengan Strawberi Pun Sedap | Nak dijadikan rezeki terpilih manjadi salah seorang pemenang giveaway. Terpandang post Lea Azleeya dan  juga Maisarah Humaira di instagram dan terus komen untuk penyertaan. 

Memang tau dah kalau menang dapat Lactel Dessert. Cuma bila terima bungkusan tu meneka jugaklah isi dalamnya. Nak kata ada beli barang online tak ada la pulak. Dah la dapat dua bungkusan berbeza dari pengirim yang sama. Bila dah buka terus teringat ada join giveaway Lactel. Biasalah hadiah giveaway ni, bukan diumumkan pemenang terus dapat hadiah. Kena sabar menunggu.

Product Lactel ni serius masa tengok post contest tu baru lah Yaya tahu mengenai jenama ni. Ini lah kuasa marketing di media sosial. Yaya pun tak pasti sejak bila jenama Lactel ni ada di pasaran Malaysia. 

Setelah mencari info, rupa-rupanya bermula Oktober 2019, semua produk tenusu sejuk Nestle dijual di bawah jenama baru, Lactel. Dicipta pada tahun 1967, Lactel adalah jenama susu No. 1 di Perancis, menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pengguna di lebih dari 50 negara di seluruh dunia.

Ada beberapa jenis produk Lactel di pasaran. Selain Lactel dessert, ada yogurt drink, natural yogurt, Greek Yogurt dan fat free yogurt yang pelbagai perisa. 


Lactel Dessert Chocolate dan Vanilla.

Lactel dessert mempunyai dua pilihan perisa iaitu coklat dan vanila. Diperbuat daripada 80% susu. Pencuci mulut yang sangat lembut dan mempunyai tekstur berkrim.

Secara peribadi, Yaya lebih suka  Lactel dessert perisa coklat. Memang mewah dengan rasa coklat yang kuat. Perisa vanilla bagi Yaya agak manis. Atas mulut masing-masing lah kan, bagi yang suka manis mungkin tak beberapa manis, begitu lah..


Lactel dessert


Lactel dessert ni sebenarnya boleh makan macam tu je. Tapi alang-alang ada buah strawberi fresh dari Cameron Highlands, buah saiz besar warna pun merah pekat, Yaya cicah buah strawberi dengan dessert coklat. Berlumba-lumba laki bini makan. 

Blend sangat rasa masam manis strawberi dengan dessert perasa coklat. Ala..macam makan chocolate fountain strawberry tu..

Tak cuba pula makan strawberi dengan dessert vanilla. Yang ni buat makan dengan puding roti letak kismis banyak-bayak menjadi kut. Baru tak terasa manisnya.


Lactel Dessert

Inilah 8 cups lactel dessert yang dimenangi. Setiap 1 cup tu 125gm. Selepas ni kalau ternampak Lactel Dessert perisa coklat di rak pasaraya, kemungkinan untuk beli tu tinggi..tapi kena beli strawberry jugak. Hihi.