9 Tips Mudah Ajar Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan

by - Tuesday, April 16, 2019


Assalamualaikum & hai uolss,


9 Tips Mudah Nak Bagi Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan | 19 hari menjelang Ramadhan. Teruja pula nak menyambut Ramadhan. Anak-anak Yaya terutamanya yang bongsu dah bercakap pasal bulan puasa. Nak ke masjid katanya, boleh bermain dengan kawan-kawan di Raudatul Aulad. Raudatul Aulad tu sebenarnya satu bilik yang dikhaskan untuk kanak-kanak di Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Ibu ayah boleh tinggalkan anak-anak kecil di situ dan boleh lah solat dengan tenang. Banyak mainan dalam bilik tu dan ada aktiviti disediakan. Suka adik Wazif dapat bermain dengan rakan-rakan sebaya. Adik Wazif dah ingat bacaan dalam solat, rekod setakat tahun lepas dia boleh follow sehingga 4 rakaat tarawikh. Lepas tu terus berlari menuju ke Raudatul Aulad. Hihi.

Tahun lepas adik 5 tahun, masih belum diajar berpuasa. Tahun ni bila ditanya katanya nak puasa. Kita tengok sajalah nanti macam mana. Adik sanggup bangun tak bila dikejut bersahur. Kalau puasa berapa jam lah tahannya. Mungkin sejam dua..haha. Si abang dah 10 tahun. Memang kena puasa penuh lah tahun ni. Tahun lepas tak cukup sehari. Kesnya tak sengaja minum air kepunyaan kawan yang tak puasa di sekolah..dah terminum dia tersedar dia puasa tapi  terus minum lagi..dahaga sangat katanya. Nak nangis dengar cerita dia..memang minta tazkirah free lah anak oii...

Yaya nak share tips mudah nak bagi anak puasa penuh sebulan Ramadhan. Semoga dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ada anak yang baru nak diajar berpuasa. Yaya dah buat pada abang Wafiq. Insya Allah nanti nak buat untuk adik Wazif pula.

1. Reward Chart. Yaya buat ni masa abang Wafiq 5 tahun. Boleh tukar aktiviti tu, macam Yaya buat tu ada solat, jaga adik, tolong ayah ibu, makan banyak, makan sayur etc. Untuk Ramadhan boleh tambah makan sahur, terawih atau aktiviti lain yang bersesuaian. Magnet yang tertera 'Wafiq hebat' tu akan maju ke depan selangkah untuk setiap perkara kebaikan yang dah dibuat. Tapi, pun boleh mundur ke belakang kalau tak dengar cakap. Hihi. Cukup 100 points reward lah anak-anak. Bagi toys, beli coklat contohnya. Tentu anak-anak lagi bersemangat nak berpuasa.




2. Carta Ibadah. Di bawah ni contoh carta ibadah yang simple. Ada Yaya buat lagi cantik tapi tak jumpa pula gambarnya. Tapi tujuan carta ibadah ni tetap sama. Nak bagi anak lagi bersemangat dalam melakukan ibadah dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan pahala. Abang Wafiq akan rasa lebih bersemangat kalau dapat warna full sebutir bintang tu. puasa separuh hari bintang pun warna separuh je lah. Buat carta ibadah ni anak akan lebih jelas setiap ibadah yang perlu dilakukan setiap hari. Boleh juga diberi reward tanda sokongan kepada anak.




Yaya nak tambah tips mudah nak bagi anak puasa penuh sebulan Ramadhan, perkongsian dari Facebook Taufiq Razif.

3. Pastikan anak kita rasa teruja nak masuk bulan Ramadhan. Ceritakan keindahan Ramadhan dan ajak anak solat terawih pada malam pertama supaya anak boleh rasa betapa indahnya suasana malam Ramadhan.

4. Mulakan secara berperingkat. Walaupun anak cuma mampu 1 jam je sehari pun takpe. Yang penting anak mampu berpuasa 1 jam sehari selama 30 hari. Itu lebih bermakna daripada anak puasa 14 jam tetapi sehari sahaja puasanya.

5. Puji abang dan kakaknya yang dah berjaya puasa penuh di depan anak kita tu. Barulah hati anak kita berbunga-bunga nak jadi seperti abang dan kakaknya.

6. Sediakan juadah kegemaran anak kita semasa bersahur dan berbuka. Kita mesti tahu kan lauk pauk yang paling anak kita suka kan? Kalau boleh biar anak ternanti nanti dan tak sabar untuk tunggu waktu sahur dan waktu berbuka tu.

7. Sediakan makanan sahur yang buat anak kita kenyang dan tahan lapar lebih lama seperti kurma, telur, oat, biskut, sup, madu, buah epal dan air kosong yang secukupnya.

8. Sorokkan makanan kegemaran anak kita. Bayangkan anak yang tengah kelaparan semasa berpuasa tanpa sengaja ke dapur dan ternampak biskut favourite mereka sedang tersusun rapi di atas rak dapur. Agak-agak berkeroncong dan berdendang sayang tak perutnya?

9. Elakkan ransangan berbentuk visual pada anak kita. Anak tengah lesu terbaring kelaparan pun kita boleh pulak tengok cerita Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Jalan-Jalan Cari Makan kan. Si Bapak yang tertengok pun boleh terkurang iman apatah lagi anak kecil yang masih tengah belajar menahan lapar kan?

Jom kita latih anak kita berpuasa. Kita jangan tengok anak orang lain kerana lain anak lain perkembangan dan penerimaannya. Jom!



p/s : Waktu terbaik nak ajak berpuasa adalah pada umur 7 tahun mengikut Qiyas daripada suruhan mengerjakan solat.


p/s : Tips extra : Banyak ajak bermain pun boleh alihkan fokus anak pada rasa lapar mereka.


Semoga perkongsian tips mudah nak ajar anak berpuasa penuh di bulan Ramadhan ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah di luar sana.


You May Also Like

8 Comments

  1. macam2 inisiatif bagus. puasa nanti kalo ada kanak2 yang nak belajar puasa mesti macam2 ragam. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ragam mereka masa kecil ni lah menjadi pengalaman bermakna.

      Delete
  2. xde rezeki lagi ada anak sendiri... seronok baca cerita pasai bdk2 ni kan.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tenggelam..hari ni muncul di blog sis..haha..semoga dipermudahkan rezeki zuriat buat awak.

      Delete
  3. Bagus tips ni, xlama lg dh nak puasa kan :) Hehe

    ReplyDelete
  4. tahun ni nak pastikan anak yg usia 12 thn tu puasa penuh. thanks for the tips..

    ReplyDelete
  5. tak sabarnya menanti ramadhan

    ReplyDelete
  6. nice...suka jadual yang yaya buat tu! belum ada anak lagi, kalau ada anak boleh buat camni nanti..insya'Allah

    ReplyDelete