Kaedah Pelaksanaan Vaksinasi Dan Langkah Berjaga-jaga

Kaedah Pelaksanaan Vaksinasi Dan Langkah Berjaga-jaga | Seperti masyarakat sedia maklum, Malaysia memperoleh 66.7 juta dos vaksin COVID-19 melalui Fasiliti COVAX daripada lima pengeluar. Vaksin berkenaan ialah Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO dan Sputnik V.

Tarikh serta masa untuk menerima vaksin masih tertakluk kepada fasa yang ditetapkan sebelum ini, iaitu Fasa 1 untuk petugas barisan hadapan; Fasa 2 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi dan Fasa 3 bagi penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Bagi individu lain, keutamaan pemberian vaksin pada Fasa 3 berpandukan zon lokasi tempat tinggal anda sama ada merah, kuning atau hijau seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Proses Vaksinasi

Proses Pelaksanan Vaksinasi di bawah program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merangkumi proses dari enrolmen kumpulan sasar mengikut keutamaan bagi setiap fasa yang terlibat sehinggalah pemberian dan pemantauan kesan vaksinasi. 

Ia mengguna pakai aplikasi MySejahtera dan Laman Sesawang Khas atau secara manual bagi masyarakat yang tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera.


Kaedah Pendaftaran Vaksin Covid-19 

Pemberian vaksin Covid-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi memboleh sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.

Pendaftaran untuk orang ramai akan bermula pada 1 Mac 2021 menerusi kaedah berikut:

1) menerusi aplikasi My Sejahtera

2) talian hotline (akan dimaklumkan)

3) program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar & pedalaman

4) menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my bermula 5 Mac 2021

5) pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta


Pendaftaran Vaksin Covid-19 Menerusi aplikasi MySejahtera



Sekiranya tiada logo untuk Covid-19 'Vaccination' seperti dalam gambar di atas, pastikan anda kemaskini menerusi sistem aplikasi telefon masing-masing sama ada Android, IOS atau Huawei.

Bagi pendaftaran tanggungan untuk vaksinasi menerusi MySejahtera, kemudahan itu akan tersedia pada pertengahan bulan Mac, sekali gus anak-anak boleh mendaftarkan ibu bapa yang tidak mempunyai MySejahtera sebagai penerima vaksin.

5 Langkah Mudah Pendaftaran Vaksinasi MySejahtera




Temujanji Vaksinasi

Setelah membuat pendaftaran, maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.


Langkah Berjaga-Jaga Bagi Penerimaan Vaksin Covid-19

Vaksin Covid-19 adalah selamat bagi majoriti masyarakat. Namun begitu beberapa kumpulan masyarakat memerlukan pertimbangan lanjut bagi penerimaan vaksinasi ini:

  • individu dengan alahan teruk
  • individu hamil dan ibu menyusu
  • individu yang positif Covid-19
  • individu yang mempunyai masalah sistem imun

Setakat ini, inilah kumpulan masyarakat yang perlu pertimbangan lanjut untuk penerimaan vaksin dan KKM akan mengemaskini langkah berjaga-jaga dari semasa ke semasa.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. semoga ianya sebagai asbab untuk kita kembali ke norma fitrah kehidupan azali,in shaa allah

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah selasa petang
    harap semua dipermudahkan

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post