Happy birthday Yaya | Bulan Februari dah sampai ke penghujung tapi baru sempat nak berceloteh pasal birthday tuan tanah awal bulan hari tu. Sambut apa sangat dengan PKP nya masa tu. Suami beli kek dan makan lah kami sekeluarga sambil bergambar buat kenangan.

Tahun lepas tak berupdate..tak ada kenangan dalam blog. Tahun lepas suami buat suprise, bawa bunga datang ofis, berpkat dengan geng ofis. Terkena sungguh masa tu. Tahun lepas dapat hadiah pergi manjakan diri di spa. Dia dah book pakej urut badan. Macam-macam betul dia tahun lepas.

So tahun ni dah bagi tahu siap-siap..tak perlu lah nak suprisekan apa-apa. Ucap je pun cukup dah, sebagai tanda ingatan. 

Tahun ni Yaya nak update juga lah di blog ni gambar-gambar bersama suami dan anak-anak di hari Yaya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39. Sambut apa sangat, makan kek je pun sorang sepotong.


Kek yang sama, tak tau ini dah kali ke berapa kali suami Yaya beli kek Red Velvet dari Harolds Bakery ni. Haha. Dia kata sebab anak-anak suka. Makan je lah selagi sebelum bosan. Anak-anak ni sebenarnya makan kek tak bersungguh pun. Makan sepotong nipis cukup dah. Esoknya tak cari dah. Jadi malam tu juga pergi rumah mak hantar kek. Kat sana ramai orang, ada lah orang yang perhabiskan tu..




Hadiah birthday


realme watch s pro

Alhamdulillah, hadiah birthday tahun ni dapat jam Realme Watch S Pro. Sebelum ni melasak pakai jam hadiah birthday dari suami juga, tak silap hadiah untuk birthday yang ke-36.

Banyak function Watch S Pro ni, Insya Allah kalau berkesempatan Yaya buat entri review untuk jam ni.




Dah 39... Semoga diriku sentisa dalam rahmat Allah. 



2 Comments

  1. Happy birthday Kak Yaya (walaupun terlambat) :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir, Kak Yaya. Semoga terus diberikan idea untuk menulis di blog.

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.