Tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu | Letak tajuk dengan sebaris ayat macam tu mesti ramai yang tahu itu lirik lagu apa. Lagu  berjudul 'Semalam' nyanyian Aina Abdul ni betul-betul menusuk jantung. Sebak bila dengar lagu ni walau tak ada kena mengena dengan hidup ini. Rasa sakit amat walau tak berdarah. 

Aina Abdul Seribu Calar Ungu

Malam ni Yaya buka youtube, nak tengok react di channel Yazik Reaction. Tapi tiba-tiba pula teringat Yazik pernah react lagu Aina, itu yang jadi terus search lagu Sumpah Aina Abdul. 

Setiap lirik memberi maksud yang sangat mendalam....

Terbayang-bayang penderitaan seorang wanita/isteri. Penderitaan yang tak tertanggung, cuba untuk menjauhkan diri, namun langkah terhenti memikirkan nasib anak (jasad). Tapi akhirnya ditinggalkan suami dengan seribu calar ungu yang membawa maksud kesan lebam akibat dipukul atau perasaan isteri yang kecewa.



Lirik Lagu Semalam - Aina Abdul


Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Penyanyi: Aina Abdul

Semalam
Diri ini bagai daun gugur 
Lemah tak berkaki tak dipeduli 
Terus engkau pergi tinggalku sendiri 
Ditemani jasad ini 

Berkali kali ku cuba 
Untuk pergi jauh darimu 
Setiap langkah ku terhenti 
Kerna jasad ini 
Engkau pergi jua 
Tinggal ku sendiri 
Dengan seribu calar ungu 

Semalam 
Diri ini bagai daun gugur 
Lemah tak berkaki tak disayangi 
Terus engkau pergi biar ku sendiri 
Hilang sepi tak berbunyi 

Berkali kali ku cuba 
Untuk pergi jauh darimu 
Setiap langkah ku terhenti 
Kerna jasad ini 
Engkau pergi jua 
Tinggal ku sendiri 
Dengan seribu calar ungu 

Mana pergi janji dulu 
Mana cinta sayangmu 
Mana semua itu 
Ohhh mana pergi janji dulu 
Mana cinta sayangmu..uhhuuuu 

Berkali kali ku cuba 
Untuk pergi jauh darimu 
Setiap langkah ku terhenti 
Kerna jasad ini 
Engkau pergi jua 
Tinggal ku sendiri 
Dengan seribu calar ungu

Yaya doakan kepada ibu tunggal di luar sana, semoga anda semua terus tabah. Kuatkan diri demi diri dan anak-anak. Insya Allah pelangi indah akan menyusul kerana semua orang berhak untuk merasa bahagia.

Dan semoga lagu Semalam berjaya menang di AJL35.