Korang ada Best Friend Forever ?

by - Tuesday, October 01, 2019

Assalamualaikum,

Best friend forever, selama-lamanya adalah sahabat. Sentiasa berhubung, memahami, menyokong dan membantu satu sama lain. Bukan senang untuk kekal berkawan bagi tempoh yang lama. Mereka ini akan kekal menjadi sahabat selamanya sehinggalah ada antara mereka meninggal dunia.

Kawan akan sentiasa datang dan pergi. Hidup kita ni berputar, tidak dikelilingi oleh orang yang sama. Bertukar sekolah, bertukar tempat kerja dan berpindah randah. Kawan sentiasa bertambah. Yang hilang kawan pun ada..ye lah sebab dah terputus hubungan kan. Tak pun jarang berhubung. Lama kelamaan jadi renggang. 

Yaya memang respek mereka yang mampu pertahankan persahabatan. Berkawan dari sekolah rendah sampai beranak pinak. Ni bukan berkawan yang biasa-biasa ye. Ni level 'masalah kau tu masalah aku jugak', ' Aku susah confirm kau bantu'. 'Aku tak segan nak cerita aku susah, sebab kau terlebih kenal aku'. 

Tapi kalau korang ditimpa kesusahan, tapi malu untuk berkongsi cerita tu dikira sahabat atau tidak? Malu orang tahu susah kita? Malu kawan-kawan tahu kita tak berduit? Malu kawan-kawan tahu kekurangan kita? Pandangan peribadi Yaya, itu masih belum kental bersahabat. Sahabat akan sentiasa berkongsi resah, walaupun tahu sahabat yang lain mungkin tak dapat membantu. Sekadar luahan masalah terasa ringan beban. 

Kegembiraan mesti diraikan bersama-sama dan apabila ditimpa kesusahan saling lah menyokong. Itulah prinsip sahabat.



My husband is my BFF

Masa Yaya dihabiskan ditempat kerja. Balik dari kerja dan hujung minggu semestinya bersama-sama suami dan anak-anak. Orang yang berkeluarga memang macam ni kan? Bila dah berkeluarga ni agak terbatas pergerakan. Nak luang masa bersama kawan-kawan pun terhad.

Suami lah yang selalu di sisi. Tempat berkongsi segala cerita. Dapat pula suami yang tak keluar rumah selain keluar bekerja dan bersukan. Muka dia lah Yaya kena tatap tapi tetap tak bosan. Haha.

Jadi, tak salahkan Yaya isytiharkan my husband is my best friend forever ? 


You May Also Like

4 Comments

  1. Ada suami, suami lah tempat mengadu semua cerita. Since belum kawin. boyfriend la tmpat cerita semua benda. Takdak la semua. Tapi almost la hehe. kawan2 pun byk membantu baik2 semua disisi

    ReplyDelete
  2. hehe suami memei lah BFF kita kan yaya tapi kak ana juga ada BFF Alhamdulillah bersahabat dari darjah satu hingga ke hari ini :)

    ReplyDelete
  3. Ada BFF. BFF ni level persahabatan tu sampai tahap kita boleh cerita almost semua benda termasuk masalah kita.

    ReplyDelete