Haram Mewarnakan Rambut Dengan Warna Hitam

by - Wednesday, October 23, 2019

Assalamualaikum,

Haram Mewarna Rambut Dengan Warna Hitam | Penganut agama Islam, kena lah ambil tahu hukum hakam mewarnakan rambut. Bukan sahaja lelaki malahan wanita Islam yang bertudung turut memilih untuk mewarnakan rambut apabila rambut dah mula beruban bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri ataupun untuk tatapan suami.

Perbuatan menghitamkan uban mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan mengubah keadaan yang sebenar. Dengan celupan warna hitam, seseorang dewasa kelihatan seperti remaja, orang tua kelihatan muda kepada pandangan orang ramai. Hal ini menyebabkan sangkaan mereka berlainan daripada keadaan yang sebenar. Adapun warna yang lain tidaklah sampai ke tahap pengubahan, penipuan dan pemalsuan.


Hukum Mewarna Rambut :

1) Sunat 

- Sunat mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.

2) Harus 

- Diharuskan mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad
- Para isteri yang sudah mula beruban juga diharuskan mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

3) Makruh

- Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh
- Memutihkan rambut dengan apa jua bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat atau diterima percakapannya.

4) Haram

 - Haram mewarna rambut denga warna hitam kecuali untuk tujuan jihad dan berhias untuk suami
 - Mewarnakan rambut sehinggan menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.


Haram 'Dye' atau Inai Rambut Selagi Tidak Beruban 


Sunat mengubah warna rambut atau janggut dengan kaedah 'dye' ataupun memakai inai. Penggunaan inai memanglah tidak perlu diragui lagi. Sekiranya memilih untuk 'dye' rambut kenalah berhati-hati.

Pilih lah produk yang mengandungi bahan-bahan yang bukan bukan bercampur najis, tidak menghalang janggut ataupun rambut daripada terkena air ketika berwuduk ataupun mandi.

Haram hukumnya untuk mewarnakan rambut selagi rambut tidak beruban


Haram bagi lelaki dan perempuan mewarnakan janggut dan rambut dengan warna hitam. Namun, sunat mewarnakan uban dan rambut dengan warna yang lain sama ada kuning atau merah.


Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA, katanya: Abu Quhafah (bapa kepada Abu Bakar, nama sebenarnya Uthman dan memeluk Islam semasa pembukaan Makkah) yang rambutnya putih bak bunga kemboja (الثغامة), dibawa menemui Rasulullah SAW pada hari penawanan kota Makkah, lalu Baginda bersabda:



غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Maksudnya: “Ubahlah warna uban rambutnya ini dengan sesuatu dan elakkanlah dari warna hitam.” (HR Muslim)




غَيِّرُوا الشَّيْبَ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ

Maksudnya: “Ubahlah warna uban dan jangan menyerupai orang Yahudi.” (HR Al-Tirmizi)



Tersilap Langkah : Mewarnakan Rambut Yang Tidak Beruban. Apa Perlu Buat?

Remaja sekarang suka warnakan rambut dengan warna-warna pelik. Dah terbalik pula jadinya..yang remaja warnakan rambut dengan warna kelabu, yang tua nak hitamkan rambut. Seperti diketahui haram mewarnakan rambut yang tidak beruban. Kalau dah tersilap langkah macam mana? Alhamdulillah diberi kesedaran, dan dibukakan pintu hati. Tapi perlu ke botakkan rambut? Yaya kongsi video dari youtube untuk menjawab persoalan. Semoga sama-sama mendapat ilmu.


You May Also Like

8 Comments

  1. betul tu kak ana pun pernah terbaca tentangnya, terima kasih atas perkongsian yang baik ni yaya :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pekongsian ni...

    ReplyDelete
  3. goog sharing Yaya.. Yang perempuan Islam wajib tutup aurat seperti pakai tudung, tapi ramai tak tutup tambah pula warnakan.

    ReplyDelete
  4. Hukumnya mmg haram.. terima kasih atas peringatan yaya..

    ReplyDelete