Sambutan Hari Lahir Wazif Di Tadika

Assalamualaikum,

Sambutan Hari Lahir Wazif Di Tadika | Alhamdulillah, lebih seminggu telah berlalu. Adik Wazif menyambut hari lahir yang ke-6 pada hari 22hb Oktober yang lepas. Seperti tahun sebelumnya, sambutan hari lahir adik diraikan di tadika. Berbulan-bulan sebelum hari lahir adik dah sebut nak buat birthday di tadika. Ibu dan ayah turutkan saja. Lagi pula ini tahun terakhir adik di tadika. Tahun depan dah melangkah ke darjah 1.





Kali ni Yaya sediakan bihun goreng dan nugget untuk sarapan untuk anak-anak tadika yang berumur 6 tahun sahaja. Yaya beli juga beberapa peket jelly puding merangkap dessert dan juga sebagai penyeri meja.  80 orang semuanya kawan-kawan adik. Ada 4 kelas untuk yang berumur 6 tahun. Jadi waktu sarapan jam 10 pagi sempat lah Yaya menyaksikan riuh rendah anak-anak ini sarapan. Lepas sarapan sambung belajar. Selepas itu barulah potong kek birthday di dalam kelas. Yaya berada di tadika waktu mereka bersarapan sahaja. Terima kasih kepada guru kelas sudi rakam video dan hantar gambar masa kat dalam kelas tu.



Kek Hari Lahir Tema Superhero

Sebenarnya, saat akhir juga buat keputusan nak buat tema apa. Sambutan hari lahir di tadika ni tema tak perlu lah pada dekorasi. Pandangan peribadi Yaya, tak perlu ibubapa nak susahkan pihak tadika. Guru-guru dah ada kerja hakiki mereka, jangan ditambah lagi kerja mereka. Cukuplah tema itu datang dari kek dan goodies bag. Tak bertema pun tak apa. Anak-anak kecil ni tengok kek birthday pun dah happy sangat.

Adik Wazif sekejap nak kek tema Bumi. Siap pesan kat Yaya, 'ibu tak pelu tulis happy birthday..tulis Wazif sayang bumi kat atas kek tu' . Hihi.. Sempat ibu google design kek bertemakan Bumi. Tapi adik tukar fikiran lah pulak, 'Adik nak kek Boboiboy lah ibu..'.. Ah..tak melayan lah ibu kali ni..Akhirnya ibu tempah kek ikut suka hati ibu. Haha.



Inilah kek hari lahir adik Wazif yang ke-6. Ada gambar Iron Man, Hulk, Captain America dan Spiderman.

Yaya tempah kek birthday ni dengan Ina. Setiap kali meraikan hari lahir anak-anak memang akan tempah kek dengan Ina. Boleh tengok Instagram Ina @ina_familys_patisserie. Bagi mereka yang berada sekitar Kuala Terengganu bolehlah tempah kek dengan Ina. Kek-kek yang ina sediakan sedap. Cuma Ina tak sedikan kek foundant dan tiada khidmat penghantaran.

Sempat yaya tengok reaksi adik Wazif masa tengok kek birthday dia. Masa turun untuk sarapan pagi, dia nampak Yaya, terus cari kek birthday dia. Memang supprise lah. Pagi tu ayahnya hantar ke sekolah, Yaya sibuk di rumah nak prepare sarapan anak-anak tadika, kemudian pergi ambil kek birthday terus ke tadika. Jadi adik memang no idea kek birthday dia macam mana. Happy sangat dia bila tengok kek. Siap bertepuk tangan sambil sebut 'hebat..hebat..'. Seronak sangat lah tu.




Goodies Bag Simple Tema Superhero


Bekas pensel Superman, Captain America, Batman. Transformer pun ada juga..Bercampur-campur design.




Bekas pensel cute dan murah ni Yaya beli di Shopee. Alhamdillah, cepat juga penghantaran walaupun dari luar negara. Goodies bag kali ni memang simple habis..tak perlu balut, tak perlu beli paper bag.  Yaya cuma beli beberapa jenis makanan dan sebatang pen. Makanan pun kena cari yang kurus halus je sizenya biar muat nak letak semua dalam bekas pensel tu. Haha..bekas pensel tu sekeping gitu je..tak bertapak..so isi dalam pun kena kreatif lah nak letak apa.

Ada apa dalam goodies bag tu?




Pada mulanya Yaya nak beli pen macam dalam gambar di atas di Shopee. Memang ngam betul dengan tema. Tapi penghantaran pula lambat. Tarikh mula penghantaran pun dah lepas birhtday. Ini satu lagi tip, buat persiapan awal sekiranya bercadang untuk membuat sambutan hari lahir. Apatah lagi sekiranya ada barang-barang yang perlu dibeli online. Maklumlah, beli online ni lagi murah cuma sampainya agak lambat. 



Tak dapat pen superhero, dapat pen kaktus ni pun jadilah. Terpandang juga pen ni di Shopee. Nasib Yaya baik, masa cuci-cuci mata di kedai saka kegemaran ramai iaitu Eco, Yaya terpandang pen cute ni. Terus Yaya borong 31 peket. Sepeket ada 3 batang.




Jajan pula yaya elakkan dari memberi gula-gula. Harap-harapnya bagi makanan macam biskut ni tak kena kecam lah. Hihi. Kalau ada bajet lebih boleh bagi kismis dan buah-buahan. Goodies bag macam ini lebih sihat. Tapi Yaya nak sediakan untuk 80 orang..haih..bajet tak dan lah. Hihi.



Yaya nak kongsikan birthday tag ni. Yaya order di Instagram. 100 keping birthday tag bersaiz mini hanya RM 10 tidak termasuk kos pos. Kalau tempah lagi banyak harga lebih murah. Sekiranya berminat boleh tengok di Instagram @doorgidtbynaa atau @ohhana.co untuk pelbagai pilihan design. Dekat Shopee pun ada. Boleh search shop ohhana.co. Bukan setakat tag, pelbagai pilihan goodies juga disediakan. Servis yang disediakan juga sangat pantas dan Yaya sangat berpuas hati.




Video Sambutan Hari Lahir di Tadika

Ada aksi birthday boy joget-joget. Yaya abadikan di youtube untuk kenang-kenangan. Nanti nak tengok balik senang nak cari. Hihi.


Semoga anak ibu Tengku Ahmad Wazif menjadi anak soleh kebanggaan keluarga. Sentiasa diberi kesihatan yang baik, cergas dan cerdas akal fikiran. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah. Aamin. Abang Wafiq, ibu dan ayah sayang adik tau!

8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Selamat hari lahir wazif. Moga membesar menjadi anak yang soleh. Aaminn

    ReplyDelete
  2. Amboihhh meriah kek dia . Cute sangat Boboiboy . Superhero nampak kacak sikit . Hehehe
    Happy belated birthday Wazif :)

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya goodies. kek pun lawa..rajin mommy..

    ReplyDelete
  4. alaaahai comel kanak2 ni.. happy belated birthday Wazif.. semoga besar sihat jadi anak soleh.

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh comey goodies bag tu. boleh lah amek idea ni utk majlis anak2. hehehehhee

    ReplyDelete
  6. meriahnyaaaa birthday party wazif! happy belated birthday wazif!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post