Teruja Dengan Persembahan Circus Extreme Di Terengganu

by - Friday, October 11, 2019

Assalamualaikum,

Teruja Dengan Persembahan Circus Extreme Di Terengganu | Memori dicipta di persembahan circus extreme di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, rezeki keluarga kecil kami untuk menyaksikan persembahan circus extreme dari Great British Circus Malaysia. Ini adalah kali pertama kami 4 beranak mengunjungi persembahan sarkas. Kiranya pengalaman baru ini sangat manis dan pastinya menjadi memori yang tak dapat dilupakan terutama buat anak-anak. Keterujaan Wafiq dan Wazif sangat terserlah. Masing-masing sibuk bertanya dan membayangkan bagaimana agaknya persembahan circus extreme.


Kami sampai 30 minit sebelum persembahan yang dijadualkan 8.30 malam bermula. Circus Extreme yang bertempat di perkarangan Stadium Sultan Mizan mempunyai kawasan parkir kereta yang luas. Memang lokasi  yang strategik. Lagi pula tak jauh mana dengan rumah kami.

Rupa-rupanya malam kami pergi tu Menteri Besar Terengganu bersama isteri dan anak-anak turut sama datang untuk menyaksikan persembahan sarkas. Salah seorang anak MB pula rakan sekelas abang Wafiq. Sakan lah mereka berborak pasal sarkas keesokkan harinya di sekolah.




Review Extreme Circus

Suasana dalam khemah sarkas cukup selesa, tak panas, mungkin juga kami duduk di barisan paling hadapan. Menyaksikan sarkas dengan jarak dekat tanpa halangan memang sangat teruja dan mendebarkan. Persembahan sarkas di Terengganu ini patuh syariah. Stuntman dan akrobatik dilakukan oleh kaum lelaki. Crew wanita pula bermula dari petugas kaunter tiket dan yang bertugas di dalam khemah nampaknya berusaha untuk menutup kepala dan berpakaian sopan walaupun bukannya muslim.


Persembahan dibuka dengan pertunjukan wheel of death. Berjalan dan melompat di dalam dan di atas gelung roda yang berputar ini memang membuatkan kami rasa bagai nak luruh jantung. Benar-benar mendebarkan.


Pertunjukkan artis akrobatik berjalan di atas tali sambil bermain tali skipping, berbasikal, duduk di atas kerusi dan berjalan dengan mata terpejam pun buat Yaya rasa cemas. Kita yang terlebih cemas tapi mereka semua semestinya profesional.


Bukan semua show mencemaskan. Perasaan cemas akan diselang selikan dengan gelak tawa menyaksikan persembahan daripada joker. Abang Wafiq dua kali ditarik masuk ke dalam arena. Membuat persembahan bersama-sama joker.


Suami Yaya pun tak menolak apabila dipanggil masuk ke dalam arena.  Anak-anak sedikit terkejut melihat ayah disandarkan pada papan dengan tangan digari. Perasaan cemas anak-anak sekejap sahaja apabila joker meneruskan persembahan tidak seperti anak-anak gambarkan.


Persembahan imbangan badan dengan berdiri di atas
bekas berbentuk silinder yang ditambah satu persatu bekas membuatkan anak-anak berdebar. Takut jatuh. Nampak macam mudah nak buat tapi bukan senang ye.


Kemunculan spiderman menarik minat anak-anak. Kali ini spiderman akan memanjat naik ke atas menggunakan kain panjang yang dililit pada kaki dan tangan. Pelbagai aksi sambil memanjat dilakukan. Memang mendebarkan. Tak habis lagi debar dan cemas Yaya..haha...dah namanya Circus Extreme.


Pertunjukan seterusnya ini tidak mendebarkan. Pertunjukan glow in the dark sangat comel bagi Yaya. Satu tu aksi menari dalam spring. Nampak macam ulat. Hihi. Satu lagi aksi memusingkan kiub. Nampak berat kiub tu tapi laju juga dipusingnya.




Persembahan kemuncak circus extreme pada malam itu adalah globe of death. Menyaksikan persembahan ini sekali lagi didatangi rasa cemas. Bayangkan  globe yang saiznya tidaklah besar mana tetapi 3 buah motorsikal bergerak serentak di dalamnya. Bergerak dan berhenti serentak. Kalau terjadi sedikit saja kecuaian dari salah seorang pastinya perlanggaran  akan terjadi.


Great British Circus Terbaik

Persembahan circus extreme daripada Great British Circus wajar diberikan tepukan gemuruh. Kesungguhan mereka menjayakan setiap aksi sangat terserlah pada wajah masing-masing. Tepukan gemuruh daripada penonton pastinya akan membuatkan mereka juga berasa gembira.

Persembahan yang bermula dari 5 Oktober 2019 bakal berakhir pada 28 Oktober 2019. Bawa keluarga dan sama-sama cipta memori manis di Great British Circus Malaysia.





Untuk lebih info boleh layari laman sosial Great British Circus Malaysia.



Hotline: 016-4071880 / 011-16150805


You May Also Like

12 Comments

  1. bestnya Yaya , kak ana rasakan berpuluh tahun tak tengok circus ni dah hehe :)

    ReplyDelete
  2. Circus extreme ni memang betul-betul extreme lah. Mesti sangat sangat menyeronokkan, kan? Tak pernah tengok juga circus macam ni. Menarik baca review circus ni.

    ReplyDelete
  3. Bestnye ada circus. Tak pernah gi tengok

    ReplyDelete
  4. Wow now Terengganu also ada Circus, bagus bagus. Dalam lama kita tak tengok circus dah.

    ReplyDelete
  5. Lama tak tengok circus. Menarik sebab banyak aksi2 yg extreme dan di luar jangkaan kita. Rasa nak repeat lg tgk bw anak2

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dapat peluang nak tgk circus dari kecil smp dah tua ni hihihi..tapi memang tertarik dia diaorang buat stunt yang merbahaya tu mmg hebat

    ReplyDelete
  7. Wow. Best pula persembahan sarkas kan. Tapi nervous nak tengok motosikal dalam globe tu - takut depa tetiba terlanggar sesama sendiri kan.

    ReplyDelete
  8. Amboiiii... Seronoknya semua ya... Bestnya dapat tengok circus secara live... Kami sekeluarga dok biasa tengok kat TV je... Bila tour diorang ke KL nanti, nak pergilah... Hehehehe...

    ReplyDelete
  9. wowww bestnyaaa..rajin betul sis yer

    ReplyDelete
  10. seronoknya
    Hans teringin betul nak tengok circus
    tak ada pengalaman lagi menonton setakat nih

    ReplyDelete
  11. tingat dedulu kicik2 pegi circus hehe.. teruja tengok motor terbang dalam gelung..

    ReplyDelete