Menu Emergency, Daging Burger Masak Black Pepper

by - Thursday, September 26, 2019

Assalamualaikum,

Menu Emergency, Daging Burger Masak Black Pepper | Banyak cerita hot ye minggu ni. ABPBH 32 la..tahniah Mira Filzah dan pemenang yang lain. Senarai barisan artis yang terpilih untuk Gegar Vaganza 2019 pun dah diumumkan. Yaya tak sempat nak tengok tv. TV kat rumah tak ada orang berminat nak buka. Haha. Anak-anak Yaya dah terbiasa tak menonton tv hari persekolahan. Hujung minggu pun tengok tv kat rumah nenek. Time tu je lah kami 4 beranak tengok tv. Ibu ayah ok je..guna handphone je macam-macam maklumat boleh dapat. Di facebook pun hot dengan cerita motivator sesatkan orang yang pergi kelas dia. Terpesong akidah katanya teknik yang digunakan. Ramai yang menangguk di air keruh. Yang tak tahu hujung pangkal cerita tak perlu lah komen macam tahu, membuat kesimpulan mengikut info-info dari status dan komen yang belum sahih. Tunggu je jawapan dari mufti, itu yang sebaiknya.

Panjang pula mukaddimah.

Ok lah. Yaya nak share satu menu emergency. Kebetulan ada stock daging burger. Beli pun sebab anak teruna dua orang tu nak makan burger. Wafiq dengan Wazif bukan makan burger yang cukup zat pun..sayur tak nak, sos dan mayonis pun tak nak. Penat menunggu abang burger buat burger kosong pun tak padan. Baik beli daging burger Ramly, letak cheddar cheese slice, kapit roti gardenia wholemeal. Dah settle burger kosong untuk dorang. Hihi.


Daging Burger Masak Black Pepper

Akan ada satu masa, perut lapar, nak masak special, bahan tak ada, nak keluar makan tapi malas pulak. Lepas tu masuk dapur buka freezer. Tengok apa ada. Eh ada daging burger. Ni lah penyelamatnya. Jom semak resepi ringkas daging burger masak black pepper.

Daging Burger Masak Black Pepper

Bahan-bahan :

  • 2 keping daging burger  ( Yaya guna jenama Ramly)
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar perencah black pepper Seri-Aji (bancuhkan dengan air)
  • Secubit Cukup Rasa


Daging Burger Masak Black Pepper

Cara-Cara Memasak Daging Burger Black Pepper :

  1. Potong kecil-kecil daging burger. Gorengkan. Masukkan satu-satu dalam kuali ( tak nak bagi melekat)
  2. Ketepikan daging burger yang dah digoreng. Buang minyak berlebihan. Tinggalkan dalam setengah senduk.
  3. Masukkan bawang dan cili..masak seketika. Masukkan daging burger dan bancuhan black pepper. Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah air. 
  4. Taburkan juga sedkit Cukup Rasa, benda dah ada. Tak perlu tambah garam.
  5. Dah siappp. Sedia dihidang.
Percayalah, makan menu ni selera korang menjadi-jadi. Haha. Sedap tak boleh bawa bincang. Suami katanya nak diet. Duk pesan nasi nak segenggam dia je..segenggam tangan Yaya kan terlajak sikit. Haha. Dah letak nasi segenggam, tapi masak menu ni, bertambah pula dia makan nasi.

Selamat mencuba ye korang.

You May Also Like

5 Comments

  1. Tak sgka dgig burger ramly tu boleh jadi bahan masakan. kretifnyaaa selalu mkn buat burger jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh la try masak macam nie pulak. Hihi

      Delete
  2. wahhh impressed sangat kak ana Yaya, kali pertama tengok daging burger jadi menu lauk.. terbaik lah.. singgah dan follow Yaya #1275

    ReplyDelete
  3. menu emergency pun boleh jadi sedap sangat ni

    ReplyDelete