Adik Tak Dapat Keizinan Nak Bela Kucing

Adik Tak Dapat Keizinan Nak Bela Kucing | Dah bulan Februari weh. Memang hectic sungguh bulan Januari 2022 ni. Permulaan tahun yang terus  sibuk. Bermula dengan satu program CSR, lepas tu kena prepare dinner company, kemudian ada lagi satu program CSR. Bulan lepas tak berupdate mana blog. Tapi sempat tukarkan baju blog. Hihi. Saja lah nak try template ni. Tak selesai sepenuhnya lagi ni. Iklan bawah header belum letak. Ok tak template ni di mata korang? 

Adik Wazif penghujung tahun lepas dia cipta dua minat baru. Minat bermain dengan kucing dan minat pasang gundam. bab gundam tu lain kali lah kut kalau ingat Yaya cerita. Kali ni cerita pasal kucing dulu. Hihi.

Dia minta kami belikan kucing. Duk cakap lah tungu adik besar sikit, biar adik sendiri yang jaga. Ada lah satu hari tu dia tanya Yaya.

Wazif: Ibu...lambatnya umur adik 18..

Yaya: Kenapanya 18? Nak buat apa?

Wazif: Adik nak kerja part time dekat kedai jual kucing. Kalau tak ada customer, boleh lah adik main-main dengan kucing.

Dia ni perangai kalau dah kata nak, aiyoo..setiap hari dia cakap benda sama. Setiap hari dia cerita pasal kucing. Setiap pagi dia bersiap awal, sebelum ke sekolah sempat dia ikut ayah dia bonceng motor pergi warung dekat rumah ni. Kat warung tu ada kucing nama Peanut. Setiap pagi lah dia pergi bermain dengan si Peanut ni. Sampaikan Peanut kenal dia, belum turun motor dah pergi dekat Wazif.

Si Peanut ni pulak bunting. Keluar baby meow pulak lawa-lawa. Tokey warung ni dah bagi green light kalau adik Wazif nak ambik jaga dia bagi je. Apalagi adik Wazif, orang mengantuk disorongkan bantal. bermulah episod 'adik nak jugak bela kucing'!

Tak dapat keizinan nak bela kucing

Suami Yaya tak bagi green light. Bukan sebab dia tak suka kucing. Dia ni pencinta kucing. Dia pernah bela beberapa ekor kucing. Tapi semua dah mati. Dan..dia punya sedih setiap kali kucing mati atau hilang memang tak boleh bawa bincang. Muka ganster tapi hati tisu..hahaha.

Sebab tu lah dia dah tak nak bela kucing. Suami Yaya kata dah tak sanggup nak berdepan dengan perasaan sedih kehilangan kucing.

Nampak adik Wazif sedikit kendur bila dengar alasan si ayah.

Yaya cuba cari jalan untuk tak nak kecewakan adik Wazif. Yaya sendiri pun tak suka pegang haiwan-haiwan ni, nak bermanja-manja dengan kucing ni memang tak lah. Yaya bukan pembenci tapi sedikit penakut mungkin. Hihi. Rumah mak Yaya pun ada bela kucing. Kucing bergelimpangan dalam rumah Yaya tak kisah pun. Nak cuit-cuit manja boleh lagi, jangan suruh Yaya dukung gomol kucing tu sudah. Tak mampu nak buat. Haha.

Tapi Yaya tak nak lah adik Wazif sedih, dah elok dia sayangkan kucing, nak ada pengalaman jaga kucing tak kan nak patahkan keinginan dia macam tu je.

Adik nak tak bagi makan kat banyak kucing? Bukan seekor tapi banyak? Tak perlu duduk dalam rumah dengan kita, tapi adik masih lagi boleh bermain dengan kucing. Nak tak?

Laju dia jawab 'Nak!!!!'

Menyayangi tak semestinya memiliki .... 

Lepas ambil adik dari training taekwondo terus ke pasar. Maka ke sini lah kami. Pukul 10 malam berada di kawasan parking pasar. 

Kucing jalanan

Kucing pasar

bagi kucing jalanan makanan


Berbekalkan sepeket dry food. Lebih 20 ekor kucing datang kerumun adik Wazif. Kucing ni tak tahu lah dalam keadaan lapar ke kenyang. Pasar biasa banyak makanan. Tapi sepeket dry food ni habis. 

Jadi lepas ni kena tambah satu aktiviti malam kami. Bagi kucing kat pasar makan. Lepas ni boleh try wet food pula. Kita beli yang sedap-sedap nak jamu kucing-kucing jalanan tak bertuan ni makan.

Adik happy, kucing pun happy kekenyangan..hihi..



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. rumah cik nor dah lbih 10 ekor skarang..tunggu org berkenan nak ambik jer..xlarat nak bg makan..haha

    BalasPadam
  2. bagusnya dik! tanam sifat rasa sayang kasih haiwan dr kecil. rumah sis ni , anak2 dh lama berkenan nk bela kucing tapi sis tak kasi. akhirnya mengalah juga.. ada sekor kucing jantan ni kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat sekor pun jadilah kan. Suka sangat dah dorang tu. Kami pergi pasar jer lah dulu main-main dengan kucing. Tak bersedia nak bela lagi kucing-kucing ni.

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama