Perjuangan RichWorks Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik

Perjuangan RichWorks Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik | Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir yang melanda beberapa negeri dalam negara pada akhir Disember lalu.

Pelaksanaan PKP telah menyebabkan sektor ekonomi negara lumpuh seketika dan banyak industri dan perniagaan turut menerima kesan. Usahawan juga turut menerima tempias apabila perniagaan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Kebanyakan usahawan berdepan dengan kerugian yang besar dan ada yang sampai terpaksa menghentikan operasi perniagaan.


2021: RichWorks Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula




Al-kisah perjuangan Richworks 2021 ini lebih kemuncak apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti COVID-19.

Menyedihkan, ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.


Dr Azizan Komited Menjalankan Program Keusahawanan Percuma


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma dan ia telah dihadiri ribuan orang. Ini adalah titik perjuangan Richworks 2021 dimana ramai usahawan hadir dan terus bersama Richworks sejak itu.

RichWorks sendiri berdepan dengan musibah banjir. Namun segala tragedi ini tidak pernah melunturkan semangat Dr. Azizan untuk terus bangkit menolong orang ramai.






RichWorks memahami akan keadaan yang dihadapi orang ramai. Kesusahan yang dialami ekoran pandemik dan banjir. RichWorks komited ingin menyokong rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka. Apabila Richworks prihatin dengan masyarakat, perjuangan Richworks 2021 menjadi semakin besar.

Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk membuka jalan dan meningkatkan ilmu keusahawanan rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai seorang usahawan.

Richworks Bantu Rakyat | Richworks Prihatin


Tahukah anda, sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada tahun lalu.

Malah salah satu program iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Perjuangan Richworks 2021 bukan hanya fokus untuk memberi ilmu kepada usahawan, tetapi juga Richworks bantu rakyat yang terkesan.


Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
Sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.




Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Di samping itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membina usahawan ke tahap lebih tinggi lagi.


Kejayaan Usahawan Richworks Pada Tahun 2021




Richworks nekad ingin membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 sehingga mencapai kejayaan. Beruntungnya jika usahawan berada dalam circle Richworks ini, Richworks prihatin bantu usahawan berjaya.

Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama setahun.

Secara keseluruhan di bawah bimbingan RichWorks 2021, sebanyak 77 bisnes telah mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes capai RM50 juta ke atas dan lima bisnes pula mencapai RM100 juta ke atas.


Video Perjalanan Dan Perjuangan RichWorks Sepanjang Tahun 2021



Syukur di atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan dan perjuangan RichWorks dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Semoga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.



TENTANG RICHWORKS





RichWorks International merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.

Bermula dari tahun 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan usaha rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Untuk pengetahuan anda, Visi RichWorks adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


#RichWorks
#RichworksAcademy
#PerjuanganRichworks
#PerjalananRichWorks2021
#UsahawanJutawan
#BitersXRichworks


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  2. Pendemik yg sgt mencabar..banyak usahawan terkesan..Richworks mmg banyak membantu usahawan

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  4. Ramai usahawan berjaya dengan bantuan Richworks..

    ReplyDelete
  5. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  6. Terbaik RichWorks! Ramai usahawan bertambah jutawan. Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post