WW: Ada Rezeki Dapatlah Petik Mangga Epal Guna Tangan Je

Ada Rezeki Dapatlah Petik Mangga Epal Guna Tangan Je | Yaya panggil pelam epal. Pauh epal pun ye juga kan. Mangga epal ni salah satu buah kegemaran selain buah betik, jambu batu, nanas, ciku, durian, rambutan. Eh banyak pula buah kegemaran. 

Mangga epal kalau biar masak ranum tak sedap. Makan yang terlebih masak, urat-urat buah dah berselirat. Terlebih makan terus dapat batuk.

Masa sesuai nak petik ketika buah mekar. Buah mangga mekar rasa dia tak terlalu masam dan sangat rangup. Sesuai sangat buat jeruk mangga asam boi.


Baca juga:

Buah-Buahan Yang Perlu Ada Dalam Peti Ais Di Rumah

Mangga Epal / Pauh Epal

Mangga Epal Pauh Epal

Buah mangga epal ni pokok dekat ofis. Buka tingkap je dah boleh sentuh pokok. Harap bertahanlah buah yang berputik dekat dengan tingkap ni. Nanti nak ambil senang. Makan dengan kicap campur hirisan cili padi dengan gula. Letak nisan atau gula melaka tumbuk halus lagilah bertambah sedap. Perghh..



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

6 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Wah senang nk mkn colek ni😆

    BalasPadam
  2. Sedap makan mangga epal time buah sedang mekar. Rangup jew kan.

    BalasPadam
  3. Harap2 dapatlah merasa buah mangga epal tu nanti

    BalasPadam
  4. sedakk nyaaa makan ngn colekkk buohh...pauh epal hok paling sedap cicoh2

    BalasPadam
  5. Syok ni..Ya Allah, rangup-rangup cicah kuah petis pun best juga ni.

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama