15 Tips Penjagaan Diri & Kediaman Elak Dari Gangguan Makhluk Halus

15 Tips Penjagaan Diri & Kediaman Elak Dari Gangguan Makhluk Halus | Ada masanya kita sendiri tak tahu atau tak perasan apa yang kita buat setiap hari bakal mengundang ke arah gangguan daripada makhluk halus. Rumah adalah syurga, jadi sama-sama kita pelihara rumah daripada terkena gangguan dari jin dan syaitan. Lebih-lebih lagi sekiranya ada anak kecil di dalam rumah. 

Cara elak gangguan makhluk halus



1. Lafazkan "Assalamualaikum" dan "Bismillah" sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab port syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.

2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci Alquran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yang ada dlm rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dan lain-lain sebab itu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pada waktu mghrib dan ke atas.


Baca juga : 
Siapakah Pemilik Tapak Kaki Yang Menyeramkan Ini?

7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus

10. Kalau terlupa bagi salam (Assalamualaikum) masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari- Ayat Kursi dan surah yang berkaitan.

14. Selalu membaca surah Al-Baqarah.

15. Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus. Jin dan syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.



Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama