Seringkali terdengar kisah misteri, kisah hantu tapi Yaya tak pernah melihat dengan mata sendiri atau berdepan dengan situasi yang mendebarkan ini. Tengok cerita hantu pun Yaya elakkan. Bukanlah tak pernah tengok, jarang sekali layan cerita genre seram ni. Bukan apa..nanti dia punya takut terbawa- bawa ke dunia realiti. Nanti tak pasal nak ke dapur pun ajak suami buat teman. haha.

Yaya nak share dengan korang semua. Peristiwa ni Yaya tak pasti adakah melibatkan makhluk selain manusia atau memang kerja manusia. Entah lah. Wallahuaklam.


Misteri Bekas Tapak Kaki Yang Menyeramkan, Tapak Kaki Manusiakah?

Peristiwa ni baru terjadi pada Yaya. Suatu petang dalam dua minggu lepas. Yaya keluar dari ofis agak lewat. Pukul 6.30 petang baru sampai rumah.

Sampai rumah cepat-cepat bersihkan diri, makan, solat semua. Pukul 7.45 malam Yaya keluar semula. Nak hantar adik Wazif ke kelas latihan taekwondo.

Suasana pun dah gelap, bila masuk kereta Yaya perasaan ada kesan kotor pada cermin hadapan kereta tapi tak jelas mana. Yelah, kereta di laman rumah tanpa cahaya lampu. Yaya pun tak ambil peduli sebab fikir mungkin ada kucing naik atas kereta.

Sepanjang perjalanan Yaya tak fikir dah tentang kesan kotor pada cermin hadapan Yaya. Suami drive dan Yaya ralit main handphone. Haha. 

Lepas drop adik Wazif, kami terus ke rumah mak Yaya. Macam tu lah kebiasaannya. Nak tunggu training habis dalam sejam setengah tu bosan juga. Jadi memang balik rumah mak la..lepak-lepak sambil dijamu teh o, keropok goreng. Untung mak buat jemput-jemput. Lagi untung tak ada apa..haha. Tengok tv je ngan mak dan adik-beradik. Haha. 

Jam 9.20 malam. Salam mak..nak gerak ambil adik Wazif pulak. Kereta parking tepi jalan.  Di bawah lampu jalan warna putih. Memang terang lah. Jadi bila masuk kereta terkejut Yaya. Masa ni baru betul nampak kesan kotor pada cermin di hadapan Yaya menyerupai tapak kaki..dan ada kesan tapak tangan juga. Terus rasa suspen..dup dap terus weh..

Siapa panjat kereta?

Siapa panjat kereta? Tapak kaki ni start bila ada kat cermin tu? Dari rumah ke? Di rumah mak Yaya ke? Tadi masa maghrib tu Yaya memang nampak ada kesan kotor tu ke? Banyak pula soalan..menjadi teka-teki yang tak terjawab.



Sepanjang perjalanan duk tengok tapak kaki tu. Naik heran Yaya. Macam mana bekas tapak kaki tu boleh ada kat situ?

Depan ruman mak Yaya tu ada kedai makan, ada stall burger. Jadi memang meriah la. Cahaya pun cerah je situ. Tak kan lah ada budak nakal berani nak panjat kereta berkaki ayam macam tu. 

Bila tengok pada gambar tu, mula lah Yaya jadi detektif tak bertauliah. Yaya cakap dengan suami. Yaya kata kemungkinan mula-mula 'dia' berdiri dulu tepi kereta sambil tangan pegang cermin. Sebab tapak tangan menghadap ke arah depan..ke arah tempat pemandu. Lepas tu baru 'dia' panjat kereta dan pijak cermin. Uish..nak menaip ni pun seram ni. Terbayang situasi yang Yaya andaikan ni hah..huhu..


Bekas tapak kaki dan tangan yang kekal misteri.

Tak terjawab weh..bekas tapak kaki dan tangan tu pun hilang macam tu je. Kebetulan malam tu hujan lebat. Sampai rumah tengok jugak atas bumbung. Kut la ada jumpa apa-apa. Tak ada apa pun..hujan terlalu lebat, bersih kereta Yaya kena basuh dengan air hujan. Hihi.

Beberapa hari juga la duk teringat peristiwa ni. Mula la terfikir yang bukan-bukan. Ada makhluk selain manusia kah main panjat-panjat kereta Yaya ni? 

Adoi..seram betul..

9 Comments

  1. Nampak mcm tapak kaki dan tangan biasa je, kaki dan tgn manusia la maksud akk. Nak andaikan lebih2 pun kita tak tau. Tak tanya anak2 ke kot2 dorg ada panjat kete, anak akk kadang suka panjat kete juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak kecil lagi, main dalam rumah je budak berdua tu..

      Delete
  2. alamak, mama yg baca waktu pagi pun terasa seram lagi la yang mengalaminya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masa buat entri duk mai teringat..cepat-cepat taip siapkan post ni..hihi

      Delete
  3. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri nusantara....

    ReplyDelete
  4. Alamk baca pulak tengah malam..sermnyaa..tapak kaki tu jelas.. Patutnya kene bwk ke bahgian forensik.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. adooii terbaca time mlm pulakkk..pishaanggg

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.