Tips Usahawan Berjaya Bisnes Dan Kehidupan Nyata

Teringat satu ketika di mana saya pernah pergi ke kelas perniagaan pemasaran. Untuk belajar dalam kelas tersebut, kami diberi buku kosong tetapi kulit buku tersebut ditulis akan satu ayat. “Apa usahawan fikir selain duit”.

Jadi apabila melihat dan membaca kulit tajuk buku begitu kita membayangkan bahwa buku itu mengandungi kandungan yang menceritakan tentang fikiran usahawan. Apabila dibuka masih kosong dan tidak ada apa-apa tulisan. Akhirnya cikgu bisnes memberitahu bahawa sememangnya itulah yang usahawan fikir. Hanya kosong saja selain duit. Ya, usahawan hanya tahu fikir tentang duit!!

Kami semua berfikir sejenak. Betul juga apa yang disampaikan tu. Walaupun usahawan mempunyai impian yang ingin direalisasikan seperti membeli rumah, membeli kereta, membayar hutang dan membahagiakan keluarga dengan pergi umrah dan haji tetapi semuanya memerlukan duit.


Tips usahawan berjaya


Itulah dia sebuah kehidupan nyata yang sama sekali kita tak boleh nak tepis. Suka ataupun tidak semuanya ada kaitan dengan duit hinggakan apa yang kita buat selalu saja tersekat dek kerana kekurangan wang.


Datuk Wira Dr Azizan Osman Inspirasi Nyata


Teringat kisah Datuk Wira doktor Azizan Osman yang dahulunya pernah bercerita tentang hidupnya yang sangat susah sehingga tahap berhutang dengan along. Kesudahannya beliau terpaksa menjual rumah keluarganya dan banyak lagi cabaran beliau perlu tempuhi. Siapa sangka beliau boleh berjaya pada hari ini hingga bergelar salah seorang Mentor usahawan dan pakar pemasaran nombor satu di Asia.

Bukan sahaja usahawan yang baru bermula dengan membina perniagaan dengan mengembangkan perniagaan sahaja, tetapi usahawan yang turut dikenali ramai seperti selebriti dan ahli perniagaan juga kini mengikuti Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.





Datuk K Dan Datuk Wira Azizan Osman


Datuk K salah seorang yang telah memberi penghargaan kepada Azizan Osman kerana perubahan anaknya Asyraf Khalid. Menurut Datuk K, dahulu Ashraf seorang yang sukar berjaya kerana mempunyai masalah perniagaan disebabkan kurangnya ilmu berniaga.

Alhamdulillah kini Ashraf sangat berjaya dalam perniagaan dan juga kehidupannya selepas mengikut program-program dan bimbingan kelolaan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.


Kejayaan Asyraf anak Datuk K


Asyraf yang juga merupakan anak Datuk K dan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini turut merakamkan penghargaan yang besar buat mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan juga bapanya, Datuk K.

Asyraf juga mengatakan bahawa big why atau pembakar semangatnya sebelum ini adalah bapanya sendiri. Kerana big why itulah, beliau bangkit berniaga dengan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai mentornya. Beliau sangat bersyukur kerana semuanya berubah apabila bertemu dengan Mentor beliau tersebut.

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.


Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.

Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

Asyraf Dan Tya Anak Didik Datuk Azizan Osman



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.


Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.


Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.




Kegagalan Lalu Dijadikan Pengajaran


Ashraf juga pernah gagal dalam perniagaan hingga pernah jatuh terduduk banyak kali. Jika kita baca di biodata beliau yang dikongsikan oleh pihak Wikipedia, sekalipun banyak kisah yang tertera di sana tapi beliau bangkit menjadi seorang yang berjaya. Semuanya kerana bimbingan. Tanpa bimbingan tidak mungkin beliau berani bangkit dengan lebih tinggi lagi berbanding dulu.

Richworks Dan Keluarga Datuk Siti


Kata beliau kegagalan ini adalah pengajaran dan sempurna dengan adanya Mentor beliau dapat mengeluarkan potensi dalam diri dengan lebih lagi. Datuk Wira Dr Azizan Osman dianggap sebagai seorang mentor yang terbaik oleh Asyraf.

Banyak aspek dan perkara yang diajarkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman terhadap anak-anak didiknya termasuk diri Asyraf sendiri.

1. Jenis Ilmu

Datuk Wira Dr Azizan Osman mengajarkan perniagaan kepada mereka tetapi selain daripada hal duniawi dan keuntungan Datuk Mira juga mengajarkan hal kehidupan dunia dan akhirat.

2. Ciri Kepimpinan

Kepimpinan akan menjadikan mereka seorang leader yang sangat bagus. Oleh itu perniagaan yang dibawa juga akan menjadi lebih baik dalam perniagaan produk. Bukanlah salah tetapi yang salah adalah bagaimana seseorang itu membawa perniagaannya oleh itu pentingnya kepimpinan.

3. Perhubungan Sesama Manusia

Hubungan sesama manusia tidak sama dengan hubungan dengan Tuhan. Jika kita buat salah dengan manusia, kita perlu minta maaf kepada manusia. Selagi manusia tidak maafkan, kita juga tidak diberkati kerana dibenci orang dan tidak disenangi orang. Semuanya dinasihatkan dalam bimbingan usahawan.

4. Perhubungan Dengan Tuhan

Hubungan dengan Allah Subhanallah Taala adalah paling penting, Allah yang memberi rezeki dan mendengar doa-doa kita. Datuk Wira juga selalu mengajarkan untuk kita bersangka baik dengan Allah SWT dan banyak lagi amalan yang boleh dilakukan seperti mengamalkan ratib al-attas dan lain-lain lagi.

5. Nilai-Nilai Baik

Nilai baik diterapkan dalam anak didik RichWorks semuanya. Sebagai contoh mereka langsung tidak jemu untuk berkongsi ilmu Walaupun mereka masing-masing sudah mencapai tahap jualan jutaan ringgit rendah diri dan saling bantu-membantu.



Hari Lahir Datuk K



Datuk K Yakin Dengan Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.



Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.



Jom dapatkan info lanjut berkaitan Datuk Wira Dr Azizan Osman di www.richworks.com.
 
Anda juga boleh sertai telegram Azizan Osman Official untuk info dan ilmu percuma, jom lihat sendiri ratusan usahawan jutawan hasil didikan Azizan Osman di https://t.me/AzizanOsmanOfficial .


#kejayaanAsyrafKhalid
#datukkhalid
#keluargactnurhaliza
#anakdidikazizanosman
#richworkslahirkanjutawan
#titanrichworks
#mentorusahawan
#BitersXRichworks
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post