HARUM SUNDAL MALAM - LIRIK VIDEO MACAM ZAMAN 90 AN

HARUM SUNDAL MALAM  - LIRIK VIDEO MACAM ZAMAN 90 AN | Iman Troye ni kan, suara dia unik betul, sedap. Kebanyakan lagu dia catchy, sekali dengar terus teringat-teringat.  Masa Iman nyanyi dengan Aliff Aziz untuk Gegar Veganza 8 lagu Belenggu Rindu tu kan memang sedap sangat bagi halwa telinga Yaya ni.

Lepas tu untuk rancangan The Masked Singer 2, di sebalik kostum aiskrim roti, memang tepat lah Iman Troye disebaliknya. Dia bawa lagu Kamelia dengan cara dia sendiri. Boleh laa sedap didengar.

Harum Sundal Malam Lirik Video


Ni lagu baru dia, Harum Sundal Malam, korang jangan terlintas Cik Pon pulak. Nama bunga ni pun kan, mengerikan!. Nak buat macam mana, orang dulu-dulu kreatif bagi nama. Kata Iman tajuk lagu tu macam tu sebab nak umpamakan cinta yang mekar walaupun orangnya dah tak ada. Bunga harum sundal malam tu kan waktu malam orang tak nampak masa tu lah baunya sangat wangi. 

Korang kena tengok lirik video Harum Sundal Malam ni. Macam lirik video zaman 90 an yang ala-ala karaoke tuh. Mula-mula tengok, kenapa lah lirik video macam ni, tak ada bajet ke apa nih musim-musim pandemik.

Rupa-rupanya tu konsep gaiss! Nasib lah seketul Yaya bukan sejenis keyboard warrior. Yaya baca dulu komen-komen netizen. Maklum lah dah umur 40 ni lambat sikit nak pick up nya. Hahhaaha.


Lirik Lagu Harum Sundal Malam - Iman Troye

Produser - Ezra Kong 
Komposer/Lirik - Ezra Kong / A.Ramlee

VERSE 1 
Bagai bunga harum sundal malam 
Yang mekar di kelam malam tiada kelihatan 
Kasih kita tidak kesampaian 
Namun haruman memori tidak hilang-hilang 

PRE CHORUS 
Kau tinggalkan aku saat aku paling paling paling perlukanmu 
Walau bukan walau bukan kemahuan aku 

CHORUS 
Dan aku merindu 
Setia merindu 
Semakin hari semakin merindu 
Sedarkah hatiku - merindukan kamu? 
Suara hatiku 
Hanyalah rindu padamu 

VERSE 2 
Air mata mengalir bertitisan 
Aku separuh nyawa dalam kerinduan 
Bukan jarak jauh yang memisahkan 
Kerna telah kau bertempat di kalangan orang yang beriman




Haish...nakal je tengok lirik video ni. Tapi kalau dah lagu Ezra Kong, sedap pula jadinya..


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Ulasan

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama