Menu Berbuka Semalam


Assalamualaikum ...

Petang semalam mak saudara masak lauk pauk nak hantar masjid untuk berbuka..jadi mak yaya awal-awal pagi dah pergi rumah dia tolong memasak..sepatutnya yaya sekeluarga kena berbuka kat rumah mak long lah..tapi bila rasa itu tiba..malas pulak nak pergi..

jadi..bila mak tak de kat rumah..kena la masak sengsorang untuk juadah berbuka ...berhempas pulak jugak otak nie berfikir nak makan apa..patut la mak kalau dia nak memasak asyik tanay nak makan apa..agaknya dia pun dah kering idea nak masak apa..last-last adik yang bongsu tu request nak makan bihun goreng ..stok udang kering ada banyak..akhirnya buat la bihun goreng udang ...

yaya main hentam resepi..rasanya kalau buat bihun goreng udang masa menumis tu tak letak cili giling..ganti dengan cili api..tapi mengenangkan nak suap Wafiq sesudu dua terpaksa lupakan niat nak campak cili api masuk kuali...^^

yaya masak mee memang main hentam..segala sos dlm peti ais tu yaya bawak keluar..sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap semua main masuk kuali je...hihi..kalau chef wan tengok bihun udang yaya sah-sah geleng kepala 32 kali ... ^__^


Bihun Udang versi yaya semestinya kurang sayur ... sayur yaya sekadar perhiasan sahaja ..kihkih ...murtabak, popia,cempedak goreng and wedges tu adalah hasutan supaya berbelanja di bazar ...


makanan sampingan untuk dimakan dengan bihun semestinya keropok goreng..pastu buat omellet 4 biji telur.. cukup la tu untuk berbuka.. hihi..lepas masak semua..macam biasa..angkut semua masuk kereta..lokasi pilihan semalam taman di Dataran Syahbandar..ramai betul family-family ceria berbuka kat sana...sambil berbuka sambil layan skrin besar tengok perlawanan badminton...



nota kaki : semoga Datuk Lee Chong Wei menang game malam nie..geram tengok Lin Dan tu..ego semacam je ...^^







4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. rajinnya sis buka kat luar yer..
    bestlah

    ReplyDelete
  2. wida: buka kat luar masak sendiri tak pe..kalau buka kat luar makan kat restoran bankrup jugak rasanya..hihi

    ReplyDelete
  3. banyaknye makanan....sedap2 lak tu..

    tapi kecewa la bila taw chong wei kalah plak..=(

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post