Drama Korea Big Mouth - Lee Jong Suk Comeback

Drama Korea Big Mouth - Lee Jong Suk's Comeback |  Akhirnya  Lee Jong Suk (LJS) kembali ke pentas drama. Peminat drama korea mesti kenal LJS.  Kemunculan semula LJS sememangnya ditunggu-tunggu selepas drama terakhir bertajuk Romance Is A Bonus Book pada 2019. 

Kebanyakan drama-drama yang dibintangi oleh LJS ni jalan cerita lain dari yang lain. Rasanya drama Korea memang macam ni kan. Susah nak jangka pengakhiran macam mana. Cerita yang LJS berlakon pula kebanyakan mendapat rate tontonan yang tinggi. Antaranya W-Two Worlds, While You Were Sleeping, Pinnochio, I Hear Your Voice dan Doctor Stranger.

Di saat nama berada di kemuncak. LJS dipanggil untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan. Di Malaysia ni kiranya macam PLKN lah dulu. PLKN tiga bulan tapi latihan military untuk orang awam di Korea selama dua tahun. LJS masa belasan tahun pernah terlibat kemalangan kereta dan patah ligamen. Jadi masuk latihan kententeraan kiranya memenuhi syarat wajib je lah. LJS melalui perkhidmatan tenteranya sebagai pekerja perkhidmatan awam. 

Drama Korea Big Mouth 2022


DRAMA KOREA BIG MOUTH

Jumlah episod: 16 episod
Mula siaran: Jul 29, 2022
Tamat siaran: Sep 17, 2022
Negara: South Korea
Genre: Drama, Law, Mystery, Thriller
Penulis skrip: Kim Ha-Ram
Pengarah: Oh Choong Hwan (yang juga mengarah drama My Love From the Star, While You Were Sleeping, Hotel Del Luna, dan Start-Up).
Tayangan di: Disney+ / MBC


PELAKON DRAMA BIG MOUTH


Sinopsis Big Mouth


Lee Jong Suk sebagai Park Chang Ho
Im Yoon Ah sebagai Go Mi Ho
Kim Joo Heon sebagai Choi Do Ha
Kwak Dong Yeon sebagai Jerry
Yang Kyung Won sebagai Gong Ji Hoon
Ja Yeon Ok sebagai Hyun Joo Hee
Oh Eui Sik sebagaiKim Soon Tae
Lee Yoo Joon sebagai Han Chae Ho
Kim Dong Won sebagai Gan Soo Cheol


SINOPSIS DRAMA KOREA BIG MOUTH

"Big Mouth" ialah sebuah drama yang bercerita tentang seorang peguam kelas tiga yang akhirnya bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan yang mengubahnya semalaman menjadi penipu genius yang dikenali sebagai "Big Mouse."

Park Chang Ho (Lee Jong Suk), seorang peguam kelas tiga dengan kadar kejayaan 10 peratus yang tanpa diduga dikenali sebagai penipu terkenal "Big Mouse." Disebabkan kadar kejayaannya yang teruk, Park Chang Ho ketinggalan dalam membayar sewa bulanan pejabat serta membayar gaji pengurus pejabatnya yang juga bapa mertuanya. 

Isteri Park Chang Ho, Go Mi Ho (Yoona - Girls' Generation) tidak dapat bertahan dengan keadaan ini lagi dan meminta cerai kerana dia didesak oleh realiti yang mengecewakan  kerana sekuat mana dia berusaha tetapi keadaan tetap tidak bertambah baik.

Di tengah-tengah kesukaran ini, Park Chang Ho menerima permintaan untuk membela kes pembunuhan buat kali pertama selepas beberapa ketika. Untuk terus hidup dan melindungi keluarganya, dia mesti mendedahkan konspirasi besar di kalangan kelas atasan istimewa.  Tetapi ia hanya menyebabkan dia dituduh secara palsu sebagai "Big Mouse" yang dikenali sebagai raja dunia bawah tanah, 

Adakah Park Chang Ho akan dapat melarikan diri dengan selamat dari konspirasi ini?

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post