Gulai Daging Terengganu Guna Rempah Cap Bunga Rose

Gulai Daging Terengganu Guna Rempah Cap Bunga Rose |Masak gulai daging guna daging korban. Dah nama anak jati Terengganu mestilah masak gulai dahing gulai stail Terengganu. Dah sinonim sangat dengan orang ganu kalau nak masak gulai mesti nak guna rempah cap bunga rose. Kalau tak kira kita hold dulu kerja-kerja menggulai ni. Hihi. 

Yaya jarang-jarang masak guna daging ni. Daging tempatan sekilo harganya boleh tahan juga. Sebelum raya haji baru ni cecah RM39 sekilo. Harga dah satu hal..nak memasak pun satu hal lago. Ambil tempoh masa yang lama. Kalau hujung mingu boleh lah nak menggulai daging. Hari kerja masak daging tak tau lah jam berapa baru boleh makan.

Kalu ada pressure cooker satu syok juga kan. Daging cepat lembut kalau masak guna pressure cooker. memang menjimatkan masa. Hampir-hampir nak terbeli juga satu. Tapi bila difikirkan bukan selalu nak guna pressure cooker ni. Masak daging jarang sekali. Kawan-kawan yang ada pressure cooker pun bagi tau daging masak guna pressure cooker tu lembut dan rasa tak sama macam masak atas dapur gas biasa ni. Dah selalu dah makan, memang lain sikit lah . Tapi untungnya jimat masa memasak. Sekurang-kurangnya orang tua yang tak ada gigi, gigi tak berapa nak kuat tu dapat juga makan daging kan. 

Korang yang daging korban belum luak lagi dalam peti ais tu boleh cuba masak ye. Tak susah pun nak cari rempah cap Bunga Rose tu. Di Shopee pun ada orang jual. Kalau dulu sebelum ada Shopee memang ada kawan-kawan dari luar Terengganu minta Yaya poskan rempah cap Bunga Rose ni. Nak beli boleh beli sini https://shope.ee/9K5cz5MuXY

Kebiasannya, Yaya akan guna satu peket kecil rempah gulai. Rempah masak tu kalau peket kecil guna dalam satu sudu besar je. Campur juga dengan sedikit rempah kari daging Adabi. Ada orang tak letak rempah kari tu, terpulang lah masing-masing punya cara. Jom lah semak resipi.


Gulai daging Terengganu yang mudah dan sedap



RESIPI GULAI DAGING TERENGGANU


BAHAN-BAHAN :

500 gram daging 
1 kotak santan / 200 ml santan pekat/1 cawan air 
2 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
4 biji buah pelaga 
4 kuntum bunga cengkih 
Minyak masak 

BAHAN KISAR :

5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
½ inci lengkuas 
1 inci kunyit 
3 sudu besar rempah gulai cap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak cap Bunga Rose 
1 sudu besar rempah kari daging 
3 sudu besar  cili kisar 
2 biji ubi kentang dipotong empat
1 sudu besar kerisik
Air asam jawa - 1 sudu besar asam jawa dicampur dengan sedikit air
½ keping nisan / gula melaka 
Garam kasar secukup rasa 

Gulai daging Terengganu guna rempah cap Bunga Rose


Baca juga:

CARA MASAK GULAI DAGING TERENGGANU :

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga laang, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau 
  2. Masukkan bawang, halia, lengkuas, kunyit. Tumis sekejap sehingga air bawang sedikit kering.
  3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
  4. Masukkan rempah gulai, rempah masak, rempah kari yang dah dicampur dengan sedikit air. 
  5. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging segar. 
  7. Tutup periuk seketika sehingga turun air daging dan daging separuh masak.
  8. Kemudian masukkan santan dan air.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang. 
  10. Kacau rata.
  11. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air panas sedikit demi sedikit. 
  12. Masak sehingga daging empuk, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Gulai daging Terengganu
Rempah gulai dan rempah masak cap Bunga Rose.


Selamat mencuba.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama