Khidmat Bantuan Guaman Syarie Percuma

Khidmat Bantuan Guaman Syarie Percuma | Anda memerlukan perkhidmatan guaman percuma? Bagi yang bermastautin dalam negeri Selangor, tiada kemampuan untuk melantik Peguam Syarie Swasta, Majlis Agama Islam Selangor menyediakan bantuan guaman syarie kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

Khidmat Bantuan Guaman Syarie Percuma




Perkidmatan Guaman Percuma

Jenis-jenis kes yang dikendalikan:

✔️ Tuntutan pengesahan lafaz cerai

✔️ Permohonan pengesahan ruju'

✔️ Tuntutan penceraian

✔️ Tuntutan fasakh

✔️ Tuntutan pengesahan cerai taklik

✔️ Tuntutan khuluk/tebus talaq

✔️ Tuntutan sabitan nusyuz

✔️ Permohonan wali hakim/am

✔️ Tuntutan wali enggan/engkar

✔️ Permohonan faraq nikah

✔️ Pengesahan nikah

✔️ Permohonan pengesahtarafan anak

✔️ Permohonan/Tuntutan kebenaran poligami (bagi defendan sahaja)


Baca: Idea Berborak Dengan Pasangan


Bantuan Guaman Syarie

Bantuan guaman syarie adalah perkhidmatan sebagai Peguam Syarie yang bertindak mewakili pemohon yang berkelayakan bagi kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor

  1. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI UMUM
  2. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI MUALLAF
  3. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ANAK



Syarat Kelayakan Khidmat Bantuan Guaman Syarie Percuma

1. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI UMUM 

Khidmat bantuan guaman syarie bagi klien (orang awam) yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor.

Syarat-syarat kelayakan:

* Warganegara Malaysia
* Bermastautin di Negeri Selangor
* Jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun) mestilah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan
* Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
* Lulus temuduga penilaian wajar


2. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI MUALLAF 

Khidmat bantuan guaman syarie bagi muallaf yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah Negeri Selangor.

Syarat-syarat kelayakan:

* Warganegara Malaysia
* Bermaustatin di Negeri Selangor
* Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
* Lulus temuduga penilaian wajar

3. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ANAK

Khidmat bantuan guaman syarie bagi permohonan melalui Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

Syarat-syarat kelayakan:

* Warganegara Malaysia
* Bermastautin di Negeri Selangor
* Jumlah pendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan
* Mendapat sokongan dari Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
* Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
* Lulus temuduga penilaian wajar


Layari https://www.mais.gov.my/bantuan-guaman-syarie-konsultasi-perundangan/ untuk info lanjut.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post