Main Game Online Free Di Solitaire.Org

Main Game Online Free Di Solitaire.Org  | Siapa suka main game online. Yaya suka juga sekali sekala main game online antaranya Solitaire. Game Solitaire ni sedia ada dalam komputer. Tahun 90 an dulu mana ada game online yang hebat-hebat. Menghadap game Solitaire tu je lah. Sendiri main untuk dapat markah tinggi. Main juga lah sampai tak sedar berapa kali dah replay sebab nak pecah rekod sendiri. 

Sekarang pun ada ketikanya terasa juga nak main game. Teringat-ingat zaman remaja dulu. Tak ada komitmen kerja. Pergi siber kafe kata nak buat assignment tapi sempat juga main game. Sekarang walaupun sibuk dengan kerja dan keluarga, ada ketikanya perlukan juga masa untuk diri sendiri. Perlukan masa untuk berehat seketika dari kerja-kerja pejabat ataupun tugasan seorang surirumah yang tak pernah habis. Dapat alih perhatian sekejap pun jadi lah. Santai-santai seketika main game. Bahagia weh..bahagia cara kita..hihi.

Bezanya sekarang dah banyak pilihan game online. Tapi itulah, game yang klasik-klasik ni je lah Yaya pandai main. Game tembak-menambak mana lah pandai, tak minat pun ye. Kebanyakan game kena download dalam phone. Kalau download ni faham-faham je lah apps ni iklan dia keluar boleh bikin stress. Kita ni nak layan game sekejap nak hilangkan tekanan tapi kalau kena tengok iklan makin stress jadinya tak best lah.


Main Game Online Di Solitaire.Org Tanpa Perlu Download Dan Bebas Iklan

Di Solitaire.Org ada beberapa kategori game untuk dipilih. Bukan hanya game Solitaire je tau. Ada game:

  • Solitaire
  • Card
  • Mahjong
  • Hiden Object
  • Match 3
  • Hidden Puzzles
  • Word


Main Game Solitaire Classic

Game Solitaire juga yang dicuba dulu Hihi. Nak main pun mudah dah, pergi je ke website Solitaire.org.  Bestnya main game di website ni ianya bebas iklan. Game Solitaire ni pun ada banyak mode. Boleh pilih nak main dalam mode Classic, Klondike, Spider,  Freecell, Pyramid, Tripeaks atau Golf. Yaya pandai main mode Classic tu je. Main mode Classic ni pun sekali main belum tentu dapat selesaikan susunan kad. Hahaha... Mode lain tu agak mencabar juga. Memang memerlukan ketajaman fikiran gitu.

solitaire.org free online game

Ini dalam mode classic. Berbeza sedikit dari Solitaire zaman dulu punya. Mencabar juga main mode classic ni. Akhirnya berjaya juga selesaikan dengan markah 655. Eh korang jangan pulak ingat Yaya main game Solitaire ni macam main game judi. Memang lah nampak macam main daun terup tu tapi ni setakat suka-suka je, tak ada taruhan apa-apa.

Untuk bermain klik sini : https://www.solitaire.org/


Main Game Cari Benda Tersembunyi / Hidden Object

Game kedua yang menjadi pilihan adalah game cari benda tersembunyi atau Hidden Object. Mula-mula sekali kena pilih tempat dulu. 

  • Castle
  • China 
  • Circus
  • Garden
  • Hotel
  • Kitchen
  • Pirate
  • Princess
solitaire.org web game free



hidden game online free

Lokasi pilihan adalah di hotel. Untuk hidden game di hotel ni nanti kena selesaikan 10 tempat kesemuanya. Seronok main game hidden object ni. Tak stress langsung. Lagi lah kalau main dengan anak-anak. Riuh rendah jadinya. Masing-masing tunjuk kat mana ibu kena klik. Hihi. Tapi bila tak jumpa senyap seketika. Apa susah, ibu klik Hint tu je..settle. Haha. 

Cari benda tersembunyi ni berpandukan imej yang diberikan. Tak susah. Tapi kalau ada level di mana hanya perkataan yang diberikan mesti lagi adventure. Boleh tingkatkan vocabulary anak-anak.

Main game ni kena hati-hati. Kalau salah klik kena potong masa. Bila guna Hint bonus point pula akan berkurang. Bila dah selesai main rupa-rupanya boleh submit score. Dengan markah 10255 tu kami tak berjaya masuk rank. Ada 100 nama dalam senarai dan nama ke 100 tu dengan markah 10419. Sikit je lagi anak-anak oi...next time kita cuba lagi.Hihi.



Game Word Search Yang Mencabar

Game word search ni ada bawah kategori game Word. Ada lagi beberapa game lain iaitu:

  • Crossword
  • Word Search
  • Letter Logic
  • Letter Scramble
  • Wordoku
game solitaire best


solitaire.org


Yaya pilih untuk mencuba game word search sebab nampak macam senang je. Ala setakat cari perkataan tersembunyi ni apa la sangat kan. Ada pilihan kotak 12x12, 14x14 atau 16x16. Dengan rasa penuh semangat terus klik untuk kotak 16x16.

Berpinau biji mata cari perkataan..Hahaha. Word search ni ada trick dia,kena cari satu persatu ikut perkataan. Cari huruf depan dulu, lepas tu tengok huruf kedua apa pula. Ada tak huruf kedua tu pada setiap penjuru huruf pertama. Tak boleh hilang fokus. Kena cari ikut baris. Kalau hilang fokus memang tak akan berjaya.



Ada Banyak Lagi Game Online Best Di Solitaire.Org

Masih ingat dengan game Zuma? Ada yang layan tak game Zuma? Di Solitaire.Org ada tersedia game Zuma ni, ada Zuma Ball dan Zuma Legend. Ada juga game Same Game, Sudoku, Tetra Blocks dan banyak lagi.

Sekali-sekala layan game dengan family pun seronok juga. Sekurang-kurangnya dapat juga hilangkan stress dan mengeratkan hubungan antara ibu ayah dan anak-anak. Untuk anak pula kena pandai pilih game yang sesuai ikut umur anak-anak. Game online ni banyak yang best. Asal jangan ada pop-up iklan pelik-pelik sudah. Kita yang dewasa ni pun tak sanggup nak tengok. Lebih selamat main game online di Solitaire.Org. Confirm tak ada iklan menganggu. 

Selamat bermain...




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Salah satu ubat ngantuk ni.. nak halau ngantuk.. main game..

    ReplyDelete
  2. 10 tahun lepas memang suka main game - game ni. dulu ade website bigfish. macam2 game ade. tpi byk online la

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post