Jauh Makan Sate Sampai Ke Jabi

Jauh Makan Sate Sampai Ke Jabi | Jabi merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Besut, Terengganu. Di Jabi ada banyak pilihan kedai menjual sate. Sate Jabi sememangnya cukup tersohor. Tapi ini kali pertama Yaya ke Jabi semata-mata untuk menikmati sate di sana. Walaupun pekan Jabi tu dah kerap sangat lalu tapi tak pernah berhenti singgah untuk makan sate sebabnya sejam lebih je lagi nak sampai Kuala Terengganu, itu yang dah malas nak berhenti.

Pada mulanya ingat nak pergi makan goreng-goreng di Pantai Rhu 10. Kalau dapat pekena sotong celup tepung pun sodap ni. Tapi itulah.. suami tukar fikiran, ajak makan sate pula . Perjalanan pergi melalui jalan pantai akan melalui pantai Rhu 10. Jadi, kami tengok sajalah kemeriahan pantai dari dalam kereta. Hihi. Hampir 90 km juga jaraknya dari Kuala Terengganu ke Jabi. 

Sate Jabi
An evening in Jabi ;)


Kak Mah Sate Jabi

Kami ke kedai Kak Mah. Suami kata sate sini sedap. Dia dah pernah beberapa kali dah makan sate di Jabi ni. Bila ada urusan kerja di sini, menyinggah la dia dengan kawan-kawan pekena sate. Ada beberapa kedai dia dah makan, tapi sate Kak Mah ni kena dengan selera suami. 

Sate Kak Mah Jabi

Di Kuala Terengganu cuaca mendung. Sepanjang perjalanan cuaca bersilih ganti, Ada kawasan panas, ada mendung dan hujan berintik. Itulah istimewanya Malaysia kita. Di negara lain setahun 4 musim. Di Malaysia dalam sehari cuaca berubah-ubah. Sampai depan kedai Kak Mah awan kelabu gelap cukup berat menampung air. Pasti sekejap lagi hujan lebat.

Sate sedap di Jabi

Sate ayam, sate daging, kuah kacang, nasi impit, hirisan timun dan bawang. Cukup untuk kami empat beranak. 

sate Jabi

sate ayam sate daging sedap dan lembut

Sedap sungguh sate ayam dan sate daging di kedai Kak Mah ni. Hampir tiada bahagian kulit ayam untuk setiap cucuk sate. Ada orang suka makan kulit ayam yang diselitkan ditengah-tengah sate. Tapi kami ni terbalik, kalau tergigit kulit ayam.haish..tak boleh telan. Sate daging pun lembut je, mudah dikunyah. 

Kuah kacang pun sedap, tak terlalu pekat dan tak pula cair. Kacang tanah pula tak terlalu hancur. Suka makan sate dengan kuah kacang yang yang kacang tanahnya dikisar kasar. Rasa kuah kacang dah lulus ikut selera kami. Cukup rasa manis, pedas dan masin. Kalau rasa pedas tu pedas sikit je lagi mesti lagi sedap.

Berselera sungguh anak-anak makan. Abang Wafiq pun laju je makan. Banyak cucuk juga dia makan petang tu. Nasi impit tu pun sekejap je habis. Sambil upload gambar sate masuk blog, adik Wazif pula datang menyapa. 'Sedapnya sate, bila kita nak pergi lagi?' InsyaAllah..bukan jauh sangat pun dik, nanti bila abang balik bermalam kita pergi lagi.


Harga sate ikut pakej

Ada dua pakej yang boleh dipilih iaitu Pakej A dan Pakej B. Setiap pakej pula ada sehingga 5 set pilihan. Pakej A ada sate ayam dan nasi impit. Manakala pakej B pula ada sate ayam, sate daging dan nasi impit.

sate Jabi

Kami pilih Pakej B, Set 4. Mudah juga bila ada pakej macam ni. Tak perlu dah fikir nak pesan beberapa cucuk. Kalau tengok tu setiap set seorang makan dalam 10 cucuk sate. Nampak macam banyak, tapi percayalah, sekejap je licin pinggan. Kami dapat 40 cucuk sate pun tak terasa banyaknya. Sedar-sedar tinggal lidi je. Pastu duk main tanya siapa makan paling banyak. Semua pun tak nak mengaku. Hihi.

Sate Kak Mah Jabi

Seperti di duga, hujan turun dengan sangat lebat. Berteduh la sekejap kami di dalam kedai sementara hujan reda. 

Sebelum pulang, beli untuk bungkus untuk mertua dan mak serta adik beradik. Anda kalau ke Jabi jangan lupa singgah makan sate di sini. Tak susah untuk mencari kedai sate Kak Mah ni sebab terletak di tepi jalan besar yang merupakan laluan utama Kelantan - Terengganu. Ada beberapa kedai sate lain di kiri dan kanan jalan. Kedai sate Lanang yang terkenal tu pun tak jauh dari sate Kak Mah ni. Pilih sahajalah kedai mana yang berkenan di hati. Lagi pun citarsa setiap orang tak sama. Betul tak?


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama