Burger Tepi Jalan Sedap Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Entah kali yang ke berapa puluh kali dah Yaya makan burger tepi jalan yang ini. Tapi kali ini baru berkesempatan ambil gambar dan berkongsi di sini. Sebelum ni, burger dah ready depan mata terus ngap tak pandang kiri kanan. Kalau dah mula makan, memang tak boleh dah nak pegang handphone. Nak tau kenapa? Meh rapat nak cerita.

Lokasi gerai burger ni tak jauh dari rumah Yaya. Haruslah kami sekeluarga tuju gerai burger ni. Dah la burger ni mewah dengan segala bahan, sos yang sedap dan harga pula sangatlah murah. Yaya belum jumpa lagi burger tepi jalan yang boleh lawan gerai Pok Azam ni. Eh, tiber rasa beruntung rumah dekat dengan burger tepi jalan yang tersohor di Kuala Terengganu ni.

Macam-macam ada dalam sebiji burger. Ada hirisan buah epal, hirisan tomato, timun batang, hirisan nanas, kacang panggang, parutan lobak, mewah dengan sos cili, sos tomato, sos black pepper. Ada mayonis dan thousand island juga. Sos thousand island dalam bahasa melayu apa ye? Lantak kan aje lah ye..asal maksud sampai. Haha.

Burger tersedap di Kuala Terengganu
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap



Burger letak epal, nanas?

Ini lah kelainan burger tepi jalan di Jalan Durian Burung ni. Walaupun di banjiri dengan pelbagai jenis sos, serius banyak sos, rasa burger ni tak lah muak sampai tak boleh nak telan. Pok Azam ni pandai balance kan rasa pedas dan rasa muak sos dengan rasa masam dari buah epal, nanas dan juga tomato.

Berger Tepi Jalan Sedap di Kuala Terengganu
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap

Dah la letak macam-macam. Tapi macam-macam isi dia tu bukan sedikit. Bukan kata lobak sikit, hirisan epal nipis. No No No. Tebal-tebal Pok Azam ni potong buah nanas dan epal. Timun batang tu tak boleh nak kira berapa hiris diletaknya, bertindan-tindan. Lobak merah pulak, mak aih sikit je lagi dah boleh buat sayur goreng untuk sorang makan. Haha.

Burger dah meriah macam tu, sah-sah ler tangan berjeluas. Makan sampai habis cuci tangan baru boleh pegang handphone. Pesanan Yaya, walaupun burger tepi jalan tapi sangat tak disyorkan makan di jalanan.

burger tersedap di terengganu
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap


Harga burger tepi jalan tak masuk akal!


Boleh tak Yaya tak nak share berapa harga burger ni? Haha. Tengok gambar bawah. Tuan dia pun tak letak harga..haha. Tapi setakat Yaya minta adik beradik teka harga, tak ada yang berjaya meneka dengan betul. Ini bukan burger dalam restoran penghawa dingin, teka mahal-mahal dah kenapa. Lepas tu aadik-adik Yaya turunkan lagi harga untuk meneka. Tetaplah teka salah sampai ke sudah. Haha. Dipendekkan cerita harga tersangatlah berpatutan.

burger pak azam durian burung
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap

Gambar- gambar di bawah, Pak Azam sedang siapkan order Yaya.  Yaya order:

8 biji burger ayam
1 biji burger kahwin, ayam dan daging 
1 biji burger special, ada telur
2 biji burger kosong, burger ayam tanpa sayur-sayuran

Beli banyak nak bawak balik rumah mak. Semua sekali tak sampai RM 40.00.  Murah ke murah? ;)

burger tepi jalan sedap
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap

burger durian burung
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap

rahsia burger tepi jalan sedap
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap

Lokasi burger tepi jalan tersohor di Kuala Terengganu

burger tersedap dan tersohor terengganu
Burger Tersohor Kuala Terengganu, Burger Tepi Jalan Tapi Mewah Dan Sedap

Korang yang berada di Kuala Terengganu Yaya syorkan cuba lah makan burger ni. Lokasi gerai burger berhadapan Masjid Lama (surau) Durian Burung dan Klinik Desa Durian Burung. Dah sampai sini, hello Yaya, nak minta belanja sebiji dua burger. Hihi

Eh, hampir lupa nak bagi tahu. Hari Ahad gerai burger tersohor ni tak berniaga ye.


14 Comments

  1. Pasti sedap ni. Sekali-sekala makan gak burger...

    ReplyDelete
  2. First time nampak burger yang meriah dengan bahan-bahan ni.

    ReplyDelete
  3. eh sedap./.pernah beli letak nenas ni hah...kita suka makan burger tepi jalan ni..memang sedap

    ReplyDelete
  4. wah..meriah tu. nampak sedap. harga pun..kira murah la.

    ReplyDelete
  5. wah..first time tengok burger letak epal, nenas. ada thousand island lagi. nmpk sedap tu. meh la share harga dia..wpun jauh, mana tau kot tersesat ke kuala tgg, boleh nyinggah.hehe.

    ReplyDelete
  6. Marina pon suka makan burger kat stall macam ni. Puas makan

    ReplyDelete
  7. Wah meriahnya burger Pak Azam ni. First time dengar burger letak apple, nenas semua. Menarik. Boleh cuba nanti kalau tersesat kat sini nanti

    ReplyDelete
  8. mmg byk order tu.. 1st time tgk burger letak epal.. kalau nenas tu selalu.. tp mmg menyelerakan betul

    ReplyDelete
  9. Lama dah xmakan burger tepi jalan

    ReplyDelete
  10. Waaah. Ada buah dalam burger. Level masterchef ni boleh balancekan taste dlm makanan. Nanti turun KT nak cari kedai ni.

    ReplyDelete
  11. Pergh siap nanas epal.. Macam sedp je nengoknyaa

    ReplyDelete
  12. Nenas biasa org letak tp apple tu rare.. tp mmg mkn burger tepi jln lebih puas dr burger fastfood

    ReplyDelete
  13. Meriahnya burger. baru nak try. Sekali kuala terengganu daa..

    ReplyDelete
  14. rare ni letak epal hijau. bolehlah cuba buat sendiri. nak beli kat sini jauh nau. tapi memang betul burger tepi jalan mewah dengan rencahnya dan sedap.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.