SOP Pembukaan Semula Sekolah Rendah

SOP Pembukaan Semula Sekolah Rendah | Assalamualaikum. Akhirnya anak-anak akan kembali ke sekolah. Anak-anak suka tapi ibunya lagi suka. Haha..stress dah ibu tinggalkan anak di rumah. Pesan suruh buat keje sekolah, agak-agak ibu nak balik kerja baru gelabah nak buat. 

Homework cikgu bagi setiap hari kecuali cuti raya dan hujung mingu. Bila Yaya dah mula bekerja memang tak sempat nak tengok homework anak setiap hari. Anak-anak pula kalau tak faham memang tunggu Yaya untuk bantu dorang. Hujung minggu baru sempat tengok semua homework untuk seminggu.

SOP Pembukaan Sekolah Rendah
SOP Pembukaan Semula Sekolah Rendah



Pagi semalam Yaya ke sekolah. Ada taklimat SOP pembukaan sekolah. Pihak sekolah buat taklimat berperingkat. Mula-mula utk ibu bapa yang ada anak darjah 6, kemudian giliran ibu bapa yang ada anak darjah 5. Hari Ahad dan Isnin depan ada ujian penilaian pemilihan kemasukan sekolah untuk darjah 1 tahun 2021..cikgu cerita tadi ujian kena buat 4 sesi untuk calon seramai 290 orang. Tahun sebelum ni sekali harung je exam. SOP kena patuh, tidak dibenarkan berkumpul dalam kumpulan yang besar.

Sebelum taklimat semalam, pihak sekolah dah pun memaklumkan SOP Pembukaan sekolah melalui group whatsapp beberapa hari yang lepas.

Alhamdulillah, sekolah masih kekal 1 sesi. Guru besar bagi tahu pelajar masih kekal belajar dalam kelas masing-masing. Penjarakan sosial dalam kelas adalah 1 meter dari badan ke badan. 

Agak sukar untuk buat 2 sesi persekolahan memandangkan sekolah ni ada 46 kelas semuanya dengan jumlah guru 90 orang. Kalau buat 2 sesi kelas akan bertambah seganda. Tak kan lah satu kelas hanya 1 guru? Bila guru besar bagi penjelasan macam ni baru lah kita ibu bapa pun faham.





Sekolah amal SOP, rutin Yaya pun berubah

Yaya suka je sekolah satu sesi..memudahkan Yaya hantar anak sekali je. Tapi adik Wazif balik 12.30, abang Wafiq pula balik 1.30 tengah hari.  Kena lah ambil dua kali nampaknya. Perkhidmatan transit dan van sekolah yang ambil anak-anak pun belum beroperasi. Ibu kena jadi driver, no lunch time, waktu sarapan kena makan banyak. Hahaha..this is new norm.. bertabah la Yaya. Berkorban demi anak-anak. Hihi.

Selepas ni Yaya kena lebih rajin memasak. Nak bagi anak bawa bekal ke sekolah setiap hari. Walaupun ada konsep COD dan kantin ada buka 4 kiosk untuk tujuan penjarakan..Yaya rasa nak bagi anak-anak bawa bekal je. 

Norma Baharu - SOP Pembukaan Sekolah Rendah untuk sekolah anak-anak Yaya


1. Ibu bapa hanya perlu menurunkan murid di luar pintu utama dan tidak dibenarkan masuk dan menunggu di kawasan sekolah.

2. Murid masuk ke kawasan sekolah melalui Pintu A dan B.

3. Guru mengimbas dan merekodkan suhu badan murid serta menanda kehadiran murid.

4. Sekiranya murid yang merekodkan suhu melebihi 37.5 celcius, murid tersebut akan ditempatkan di Bilik Isolasi. Pihak sekolah akan menghubungi Pejabat Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut sebelum
memaklumkan kepada ibu bapa.

5. Murid bergerak mengikut laluan terarah yang ditetapkan;

          -Laluan HIJAU (masuk)
          -Laluan KUNING (keluar)



6. Guru hendaklah sentiasa mengingatkan murid untuk membuat penjarakan sosial dan mencuci tangan.

7. Tempat basuh tangan/sinki disediakan disetiap tingkat bawah bangunan.

8. Pemakaian ‘mask’ bagi guru adalah wajib. Hanya murid yang berisiko (rendah imuniti, lelah ,dll) wajib memakai ‘mask’. Dibenarkan sebarang warna atau corak.

9. Waktu Rehat:
  • murid tidak dibenarkan makan di kantin.
  • murid akan makan di kelas di bawah seliaan guru.
  • murid digalakkan membawa bekal tetapi tidak dibenarkan berkongsi makanan.
  • murid boleh membeli makanan di kantin
10. Pengoperasian Kantin;
  • Kantin membuka 4 kiosk yang menjual makanan yang sama dan jenis yang terhad.
  • Semua makanan dibungkus .
  • Menggunakan konsep COD dimana pesanan akan diambil oleh guru kelas sehari sebelum.
  • Makanan akan dihantar ke kelas oleh pihak kantin.

8. Waktu rehat akan diadakan 3 sesi :



9. Waktu balik adalah seperti berikut:

10. Guru subjek terakhir perlu membuat nyahfeksi kuman bagi setiap meja dan kerusi murid di dalam kelas masing-masing.

11. Surau dibuka tetapi murid perlu membawa sejadah dan telekung sendiri.

12. Ibu bapa mesti mengambil anak tepat pada waktunya.

13. Ibu bapa disarankan memeriksa suhu murid di rumah sebelum menghantar ke sekolah. Murid yang bergejala seperti demam iaitu dengan suhu melebihi 37.5 celcius tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Jika murid menunjukkan gejala sewaktu di sekolah, murid akan ditempatkan di bilik isolasi dan seterusnya pihak kesihatan dan ibu bapa akan dihubungi

14. Ibu bapa membantu sekolah menyediakan pensanitasi tangan dan alat pengimbas suhu badan infra red.

15.  Setiap hari Selasa murid-murid  perlu memakai pakaian unit beruniform seperti biasa.

16.  Semua aktiviti sukan dan kokurikulum ditangguhkan.

17.  Kelas KAFA masih belum dijalankan sehingga diberitahu kelak.

18.  Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian PJ walaupun pada hari ada pdpc PJ


Itulah SOP yang sekolah kena buat. Ibu bapa kena lah beri kerjasama ikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sentiasa berpesan pada anak-anak mengenai penjarakan sosial.

Selepas ni dalam kereta sebelum sampai ke sekolah, Yaya bakal bepesan macam ni pula.

'jangan berkongsi makanan dan minuman'

'jangan berkongsi alat tulis'

'jangan bergurau dekat-dekat, jaga social distancing'

Walaupun si bongsu baru darjah 1, Insya Allah, budak-budak ni cepat faham. Sebut Covid-19 dah gerun sangat mereka ni. Hihi..

#kitajagakita
#staysafe #perintahkawalanpergerakanpemulihan


4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Selamat kembali ke sekolah anak2. Jaga jarak. Jaga sop.

    ReplyDelete
  2. Ada SOP lengkap mcm ni, parents pun lega.
    Semoga anak2 kembali ke sekolah penuh semangat.

    ReplyDelete
  3. tgk macam susah je kan.. tp budak2 nie boleh buat punya.. ikut SOP semua.. jd suka dgn norma baharu sekarang

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post