Resepi Mudah Ikan Patin Masak Tempoyak | Assalamualaikum. Yaya tak pernah masak sendiri ikan patin. Apa jua menu yang melibatkan ikan patin dan tempoyak tak pernah Yaya buat sendiri. Yaya, suami dan anak-anak bukanlah penggemar tempoyak. Kami sekeluarga memang tak makan tempoyak. Yaya sendiri tak pernah tahu macam mana rasa sambal tempoyak yang dimakan macam tu je bersama nasi. Buah durian kami suami isteri memang hantu. Tapi tidak anak-anak. Bau durian pun tak boleh. Kalau beli durian kami berdua je lah yang hadapnya. 

Entah dari mana datang ideanya. Yaya dan kawan-kawan sepakat untuk memasak ikan patin masak tempoyak. Lauk ni Yaya makan ye. Haha.. durian suka, tempoyak tak suka, ikan patin masak tempoyak boleh pula Yaya makan. Entah la..Yaya pun tak paham ragam anak tekuk ni.. hahaha.

Dah macam pro, kami memasak, makan dan mengemas hanya dalam tempoh sejam. Sejam lebih sikit la.. Dah la masak di office.. waktu rehat tengah hari kami manfaat sebaiknya.

resepi mudah dan sedap ikan patin masak tempoyak
resepi mudah ikan patin masak tempoyak

Bahan-bahan bawa dari rumah. Kami masak 3 ekor ikan patin. Boleh la merasa sikit sorang. Kaum Adam je la yang dapat rasa sikit sorang. Kami geng hawa yang memasak mestilah makan sampai kenyang. Kaum Adam kat ofis ni masa raya hari tu duk BBQ kat ofis tak ajak kami. Ni kira balas dendam la kut. Hihi.

Sebelum tu  kami ada masak steamboat, resepi campak-campak je..Satu ofis dijamu steamboat.  Seronok makan ramai-ramai. 

Kali ni pun masak tempoyak ikan patin ni main campak-campak juga. Haha. Mudah je sebenarnya kalau dah tahu buat.  Lepas ni boleh la Yaya masak untuk tuan suami tercinta. Hihi.

Kali ni Yaya akan kongsi resepi ikan patin masak tempoyak. Menggunakan resepi masak tempoyak ikan patin versi asli Temerloh. Walaupun kami masak dalam portion yang agak banyak, di bawah nanti Yaya akan kongsikan resepi dalam kuantiti yang lebih kecil, memadai untuk 1 ekor ikan patin saiz sederhana.

Ada resepi yang tambah bawang. Ikut pada resepi asal masak tempoyak ikut cara orang Temerloh tak guna bawang. Bila letak bawang rasa kuah akan jadi manis dan mengurangkan rasa tempoyak.

jangan lupa ulam-ulaman dan budu..gandingan mantap!





Resepi Mudah Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan bahan:

  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
  • 1 genggam cili padi
  • Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 kuntum bunga kantan - potong 4
  • Secekak daun kesum
  • Asam keping
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

daun kesom dan bunga kantan

tempoyak asli tanpa campuran, ikan patin, cili api dan kunyit hidup

Cara cara memasak:
  1. Basuh ikan bersih-bersih. Basuh dengan garam kasar dan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan.
  2. Kisar cili padi, kunyit hidup dan tempoyak bersama sedikit air. Boleh juga ditumbuk.
  3. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Biar hingga kuah menggelegak. 
  4. Setelah menggelegak, masukkan ikan dan bahan-bahan lain ke dalam periuk. Masak seketika hingga ikan masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula
Kalau mahukan kuah yang lebih pekat, masak kuah lebih lama sehingga nampak pekat, kemudian barulah dimasukkan ikan.  Lagi umphhh makan kuah pekat-pekat.

resepi ikan patin masak tempoyak cara temerloh
resepi mudah ikan patin masak tempoyak

Yaya sertakan video yang sempat diambil. Boleh tengok betapa kecohnya kami memasak. Tapi suara Yaya dah mute. Haha..hingar bingar weh...hahaha. Ni memang masak campak-campak ni. Tak kisahlah..asalkan kami masak sedap. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji. Hihihi


Selamat mencuba.

11 Comments

  1. selalunya kalau saya sekeluarga balik dari Ipoh ( rumah mak ) ke Penang, akan singgah di RnR Sg Perak dan semestinya makan nasi dengan gulai tempoyak ikan patin.

    Selalunya anak dan istri sahaja yang makan begitu. saya cuma minum dan makan kuih sahaja.

    seketul ikan patin tempoyak masa itu sekitar RM4~5. Khabarnya sekarang dah hampir ke RM10 mengikut saiz...

    ReplyDelete
  2. musim durian nie senang sikit nak dpt tempoyak.. favorite nie..

    ReplyDelete
  3. hai kak. halamak terlior nengok sedapnyeeeeeeeeee hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya Yaya nampak pekat kuah Yaya masak tu :)

    ReplyDelete
  5. Tu la dulu ingt susuh buat mask tempoyak ni tapi rupanya, cili kunyit dan tempoyak.. Dan daun2 lain..

    ReplyDelete
  6. Adoi loapar pula tengok ini kalau dpt makan waktu panas tgh2 hari best ni

    ReplyDelete
  7. Ikan Patin masak tempoyak kesukaan saya nih! memang terliur tengok lauk ni, jarang masak sendiri sebab Suami tak suka makan ikan patin hu hu hu

    ReplyDelete
  8. sedapnya..feveret ni..tapi takpenah buat..nnt nk cubalah :D

    ReplyDelete
  9. Wahh sodappp! Ni kalau pekena dengan nasi panas fuhh! Bertambahhh tambah hahaha

    ReplyDelete
  10. pagi-pagi dah baca pasal ikan patin tempoyak.. aduhhh.. dekat rumah ni tak pernah masuk ikan patin lagi.. so tak pernah masak.. kalau makan dekat kedai tu biasa la..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.