Nasi Pulut Gaul Nyior Tanak Guna Rice Cooker

Nasi Pulut Gaul Nyior Tanak Guna Rice Cooker  | Resepi Nasi Pulut Gaul Nyior ni pasti ramai pandai buat. Korang panggil pulut kelapa ye. Ada yang sebut pulut kepal. Apa -apa je lah. Bagi Yaya ini kali pertama Yaya buat sendiri tanpa campur tangan sesiapa. Haha. Yelah, selama ni buat-buat sibuk bantu mak memasak di dapur.  Tak pernah lah buat dari A sampai Z sorang-sorang. Itu cerita zaman bujang. Dah berkahwin pun tak buat juga nasi pulut gaul nyior ni. Ada sebabnya...

Duduk rumah mak memang best. Kawasan rumah mak memang meriah. Kiri kanan ada kedai runcit. Depan kedai makan. Jiran sebelah penjual gas memasak. Bahan nak memasak senang nak dapat. Nak  beli bahan basah, sayur-sayuran, menapak saja beberapa langkah. Petang pula ada pakcik naik motor jual kuih muih. Dimudahkan cerita, memang mudah nak dapatkan apa-apa. Cuma harganya berbezalah dua tiga posen berbanding beli di supermarket. Duduk di pinggir bandar, dikelilingi segala kemudahan memang seronok. Hospital, pasar, klinik semua dekat.

Berbalik kepada cerita Nasi Pulut Gaul Nyior Tanak Dalam Rice Cooker Jer..hihi..

Susah betul Yaya nak dapatkan isi kelapa muda yang diparut. Nak kena pergi pasar baru ada. Dekat rumah Yaya ada kedai jual santan, tapi kedai tu tak jual kelapa parut. Ini pun Yaya beli nyor..eh nyiur muda (kami orang Terengganu sebut 'nyor')  di kedai dekat rumah mak. 

Nasi pulut ni Yaya suka makan dengan ikan masin ataupun bilis goreng yang rangup. Tapi kali ni Yaya gandingkan dengan ikan selayang rebus goreng. Sarapan pagi dengan nasi pulut sedapnya bertambah-tambah..buat sendiri memang puas hati.

Pulut Gaul Nyior Tanak Guna Rice Cooker


Resepi Nasi Pulut Gaul Nyior Tanak Dalam Rice Cooker :



Bahan-Bahan: 
  • Beras Pulut
  • Kelapa Parut
  • Ikan Selayang
  • Asam Keping
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan nasi pulut masak guna rice cooker:

  1. Basuh bersih beras pulut. Ambil dalam 2 sudu besar besar asingkan. Dalam periuk tadi letak air sedikit je. Ketinggian air kurang dari 1 ruas jari. Masak dalam periuk nasi macam masak nasi biasa. Nak wangi boleh letak daun pandan yang disimpul sehelai.
  2. Rebus ikan selayang yang dah dibersihkan bersama asam keping dan sedikit garam. Rebus sekejap je sebab nanti nak goreng pula ikan ni. Toskan.
  3. Sebelum goreng ikan, goreng pula beras pulut yang diasingkan tadi. Goreng tanpa minyak sehingga keperangan. Guna api perlahan ye..nanti hangit.
  4. Goreng ikan yang dah siap rebus tadi.
  5. Letak sedikit gula dan garam ke dalam kelapa parut. Gaul sekata. Rasa sehingga dapat rasa yang dikehendaki. 
Yaya ada ambil video sewaktu penyediaan nasi pulut ni. Boleh tengok video untuk memudahkan pemahaman. Jangan lupa tekan like, comment dan subscribe ye. Hihi.





Selamat mencuba.

Nota: 

Ini cara masak pulut guna rice cooker tanpa santan. Sekiranya digantikan air dengan santan, kemudian tambah sedikit garam dan serbuk kunyit dah jadi pulut kuning. Siapa pernah buat pulut kuning dengan cara yang simple ni? 

9 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Uiii sedap ni. Telan air liur tengok pulut ni. Thank you share resepi

    ReplyDelete
  2. serius 1st time tengok resipi ni. menu tradisi org tgg yeak?

    ReplyDelete
  3. pernah makan, lupa dah cmne rasa dia..sbb lama sgt xmkn ^_^

    ReplyDelete
  4. mintak sepinggan..nak buat bekpes..:)

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap pulak nasi pulut gaul nyior ni. Tak pernah cuba lagi. Nampak gaya bolehlah try resipi ni.

    ReplyDelete
  6. Sedap ni terliur tengok, tak pernah buat sendiri kalau pergi ganu singgah kedai makan untuk sarapan mesti tinjau2 kalau ada mesti ambik

    ReplyDelete
  7. aduh mak.. sedapnya yaya oiii lama tak makan ni.... terliur sis

    ReplyDelete
  8. Wowww.. Belum pernah lagi try makan ni heheee. Kalau try, boleh tahu sedap ke tidak. Tapi nampak mcm menyelerakan tuuu hehe

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post