Happy Bitrhday Anak Ibu, Tg Ahmad Wafiq yang ke-11


Assalamualaikum. 16.07.2009, hari Khamis jam 6.15 petang lahir lah anak sulung Yaya. Lama Yaya bertarung, dari labour room hingga terpaksa masuk operating room. Saat mendengar tangisan anak, hilang segala kepenatan dan kesakitan. Hari ini, 16.07.2020 pun jatuh pada hari Khamis. Lagi lah buatkan Yaya teringat setiap detik yang dilalui 11 tahun lepas.

Setiap tahun kami meraikan hari ulang tahun kelahiran abang Wafiq. Rai dengan cara kami. Tidaklah gah sambutan..ada tahun cuma sambut antara ahli keluarga. Ada tahun jemput jiran tetangga. Ada juga yang sambut di sekolah bersama kawan-kawan. Tahun ni nak sambut macam mana belum plan. Rasanya sambut antara kami je.

Yaya kongsikan entri bithday abang Wafiq. Dah godek-godek dalam blog ni baru perasan tak setiap tahun pun Yaya menulis mengenai birthday abang Wafiq. Terasa rugi pula tak up cerita di sini. Kek pun tak ingat dah design macam mana.



8th Birthday
Tak ada cerita di blog. Ni ambil gambar di Ig je..



alahai kek ni pun.. ni beli asal ada kek je..haha..bulan puasa masa ni. Tak ada sape nak makan kek



Tak ada entri di blog. Hanya up di facebook.








Selepas ni, ibu kena rajin up cerita anak-anak. Ingatan manusia ni setara mana la sangat kan. Kalau ada tulis dalam blog, boleh la imbas kenangan. Anak-anak pun boleh baca.

Untuk Wafiq,
Ibu dan ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Wafiq. Semoga Wafiq sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dianugerahkan tubuh badan yang sentiasa cergas dan minda yang cerdas. Jadilah anak yang soleh, penyejuk hati ibu dan ayah, abang yang penyayang dan hamba Nya yang taat.

Dah dua minggu tanya dia, hadiah birthday abang nak apa, tapi masih tak ada jawapan. Hari ni sekolah tak sempat nak raikan. Kek pun tak ada. Pagi tadi Yaya wish je kat dia. Tengok lah esok macam mana. Kita keluar makan-makan ye abang Wafiq. Minggu depan sepupu-sepupu dia balik kampung cuti raya haji. Jadi kita makan kek minggu depan lah ye. Hihi.


2 Comments

  1. Selamat hari jadi ke- 11 buat Tg Mohammad Wafey

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi ..

    Ni mesti peminat coklate nih..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.