Assalamualaikum,

Media & Industry Appreciation Dinner 2019 di Glass House, Seputeh | Pertama kali sejak bergelar blogger untuk tempoh hampir sedekad Yaya menyertai event luar dari negeri Terengganu. Macam tak percaya apabila suami bagi lampu hijau. Event pula pada musim cuti sekolah. Jadi Yaya tak perlu fikir nak ambil dan hantar anak-anak. Yaya sememangnya rasa sangat teruja untuk menyertai event anjuran Tourism Malaysia ni.

Malam tu tidur pun tak berapa nak lena. Nanti nak bangun awal pagi. Seawal 4.45 pagi Yaya dah bertolak dari rumah ke Pantai Batu Buruk, tempat berkumpul wakil media dari Terengganu. Kami menunggu bas dari Kota Bharu. Wakil media Kelantan bertolak dari Kota Bharu jam 2 pagi. Awal korang..tidur dalam bas lah nampaknya. Tepat jam 5.00 pagi bas tiba. Tepat mengikut jadual.

Perjalanan diteruskan. Berhenti solat subuh dan sarapan pagi di R&R Ajil di LPT2. Destinasi seterusnya di Tourism Malaysia, Pahang di Kuantan untuk menjemput wakli media dari Pahang pula. Cukup 20 orang wakil media dari Pantai Timur. Ada blogger, Igers, Facebookers, Jornalist, Videographer dan officer dari Tourism Malaysia dalam satu bas. Meriah sungguh

.

Destinasi seterusnya, check in hotel Red By Sirocco, KL.

Time check-in hotel dah terbabas jadual. 4.30 petang baru sampai hotel. Diberi masa kurang satu jam untuk bersiap-siap sebelum bergerak ke Glass Gouse di Seputeh. Maka kelam kabut juga jadinya. Bersiap ala kadar je lah mampu. Hihi




TOURISM MALAYSIA MEDIA & INDUSTRY APPRECIATION DINNER
Glasshouse Di Seputeh, Kuala Lumpur pada  13 Disember 2019.




Terdapat sekitar 160 pengamal media dari seluruh Malaysia yang berkumpul pada majlis makan malam yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada media dan industri dalam mempromosikan dan meningkatkan profil Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan.

Done check-in Glass House, Seputeh. Hihi

Geng Media Pantai Timur. Tema dinner biru-putih. 

Majlis dihoskan oleh selebriti tanah air iaitu Fahrin Ahmad berlangsung dengan meriah.

Dan majlis perasmian diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBrs. En. Zulkifly Md.Said yang menyampaikan ucapan Ketua Pengarah Tourisn Malaysia. Dalam ucapan alu - aluan, beliau berkata :

"“It seems fitting to end this successful year in this way as an acknowledgement of the strong support given by our media and industry partners for all the events we have organised throughout the year.” 

"Now that news can travel all over the globe thanks to social media platforms and the power of the Internet, media players shoulder a heavier responsibility in reporting, and need to be more sensitive to the repercussions of their words on the global stage. I look forward to even closer working ties with everyone next year during the Visit Malaysia 2020 to welcome 30 million tourists and RM100 billion receipts. We should be proud to showcase to visitors from all over the world, Malaysia’s peace-loving, multi-cultural society, comprising of more than 200 ethnic communities who have lived in harmonious unity all these years.”

Wakil Media Pantai Timur bersama-sama dengan  Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
YB. Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik


Ada juga lucky draw dengan hadiah yang sangat menarik, tapi malam tu bukan rezeki Yaya. Hihi

3 orang wakil media dari Pantai Timur yang bertuah malam tu. Dapat flight tiket. Tahniah korang!

Dapat bertentang mata dengan rakan-rakan blogger pun dah cukup menggembirakan. Selama ini cuma kenal di alam maya. Ni dah jumpa depan mata mesti tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama.


Bersama-sama rakan blogger.


Terima kasih tidak terhingga Yaya ucapkan kepada kepada Tourism Malaysia Wilayah Timur kerana sudi menjemput Yaya menghadiri majlis makan malam ini.

Jom kita bersama-sama terus menyebar luas liputan dan publisiti yang positif mengenai Malaysia dalam pelbagai platform media. Semoga produk pelancongan Malaysia berkembang ke serata dunia.

Selamat Tahun Melawat Malaysia 2020!

Jom tengok apa ada lagi yang ada dalam goodies bag! Meriah nau goodies bag!




3 Comments

Komen yang mebina sangat dihargai. Terima kasih.