Assalamualaikum,

RED BY SIROCCO, BUTIK HOTEL DENGAN PEMANDANGAN INDAH KUALA LUMPUR | Trip 3 hari 2 malam bersama-sama rakan media dari Pantai Timur masih segar lagi dalam ingatan Yaya.  Agenda pertama menghadiri Makan Malam Penghargaan di Glasshouse dah selesai. 

Walaupun terkejar masa sebab perlu bersiap pantas ke Glasshouse, Seputeh, Yaya cepat-cepat ambil gambar keadaan di dalam bilik semasa mula-mula melangkah masuk. Tak kan nak ambil gambar lepas bilik dah berkubang pulak kan. Haha. Pantas Yaya dan Huda Halid buat kerja..blogger kan. Lagi pula penginapan ini ditaja sepenuhnya oleh Tourism Malaysia.


Red By Sirocco, Kuala Lumpur
Kredit gambar:  Agoda

Lukisan mural ni dilukis oleh grafiti artis kelahiran Sabah iaitu Kenji Chai. Menariknya, masa yang diperuntukkan untuk melukis mural ni hanya 21 hari, 10 jam setiap hari. Grafiti ni telah dianugerahkan sebagai 'Mural Tertinggi Di Malaysia' oleh Malaysia Book of Records.

Hotel butik yang bertaraf 4 bintang ini mempunyai 25 aras dan 143 bilik. Dilengkapi dengan kolam renang di aras 25, gymnasium yang cukup lengkap, massage bar dan kafe.




RED yang membawa maksud Relax, Enjoy, Dream memang tepat sekali. Yaya ni kalau tidur hotel semestinya pilih hotel yang harganya dalam bajet je. Dapat menginap di Red By Sirocco ni betul-betul memberikan pengalaman baru yang amat bermakna.

Safety memang top. Korang memang kena bawa door access card kalau naik lif. Maksud Yaya kena scan kad korang pada butang dalam lif untuk naik ke level korang. Turun tak perlu scan dah. Kalau tak menginap di hotel tetapi nak ke cafe, pool, ballroom atau mana-mana public area boleh je naik tanpa kad.

Bilik yang kami diami ini ada cukup lengkap kemudahan.

  • LED Flat Screen TV
  • Vanity Table With Lighted Mirror
  • Aircond & Ceiling fan
  • Richard Cofee Machine
  • Classic signature Chinese tea set
  • Comfort Bed
  • Safe Box
Bilik pula lawa sangat. Katil dia ya ampun..bantal dan tilam super comfort. Dah la tak kedekut bantal. Satu katil 3 biji bantal tersedia. Memang lena sungguh la tidur..haha. Paling best, line wifi laju! Lagi satu, Yaya buka wardrobe, terpandang penimbang kat dalam tu. Mak oii..i is tak ready nak timbang berat! Haha.







Oh ye..bilik Yaya di aras 17. Pemandangan lawa sangat. Buka pintu sliding ambil angin di balkoni sambil menikmati pemandangan indah  Kuala Lumpur. Boleh nampak Menara Kuala Lumpur. Nampak juga KLCC sikit-sikit..hihi.

Pemandangan dari balkoni aras 17 hotel Red By Sirocco

Pemandangan dari balkoni aras 17 hotel Red By Sirocco

Tersedia Richard Cofee Machine. Bancuh dan rasai aroma kopi mewah Perancis. Kalau korang bukan penggemar kopi, boleh cuba bancuh sendiri teh cina menggunakan Chinese tea set yang klasik.




Sejujurnya Yaya memang tak berkesempatan nak tour hotel. Aktiviti agak padat..balik bilik pun dah tengah malam. Namun malam ke dua kami gagahi juga untuk tengok suasana Kuala Lumpur dari aras 25 yang juga ada pool di situ. Pool pun dah tutup. Boleh la layan ambil gambar dengan suasana yang sangat cantik.



Hidangan di kafe pula ada banyak pilihan dan sedap-sedap. Kafe Rouge Club terletak bersebelahan dengan kolam renang. Ada lagi satu kafe iaitu Barnana Leaf.  Trip kali ini kami menikmati hidangan di Kafe Rouge Club. 

Very early breakfast. hehe

Kafe Rouge Club, Red By Sirocco

Kebiasaan hotel yang Yaya pernah pergi, urusan keluar masuk hotel atau front desk mesti di bahagian lobi hotel. Mula-mula masuk ke dalam hotel Yaya  tengok macam simple je. Cuma ada seorang staff je masa tu. Rupa-rupanya urusan keluar masuk hotel di aras 11.


Ada ruangan khas untuk melayari internet di aras 11. Boleh la update blog kat sini. ;)
Terima kasih Tourism Malaysia untuk penginapan yang sangat selesa.

Korang kalau berhajat untuk menginap di Red by Sirocco, boleh kunjungi https://www.redbysirocco.com/ untuk maklumat lanjut.






1 Comments

  1. apooooo? ada penimbang dalam wardrobe tu? hari tu tak perasan pulak..kalo tak, da menimbang da sebab banyak sangat makan dan banyak sangat berjalan...hahahahaha

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.