Homestay Sungai Sireh, Percutian Cara Kampung Yang Menyeronokkan

by - Friday, January 31, 2020

Assalamualaikum,

Homestay Sungai Sireh, Percutian Cara Kampung Yang Menyeronokkan | Belum habis lagi ye cerita #mymediatravelbuddy. Selepas seronok bergambar dengan pelbagai gaya di Sky Mirror, kami rakan-rakan media menuju ke Kampung Ampangan yang terletak di Tanjung Karang, Selangor.





Ketibaan kami disambut meriah oleh pegawai bertugas. Kami dihidangkan makanan tengah hari lauk kampung. Sebelum tu Yaya tukar pakaian dulu dan terus solat Jamak Zuhur dan Asar. Bila dah selesai yang wajib baru boleh makan dengan tenang. Lagi pula memikirkan bilangan rakan media yang agak ramai, ada baiknya sebahagian makan dulu dan sebahagian pergi solat. Dah bahagi macam tu pun sesak juga tandas dan surau. Hihi. Dah ramai macam tu lah kan.

Aktiviti Mewarna Batik


Selesai je makan tengah hari, aktiviti pertama kami adalah mewarna batik. Yaya tengok semua orang macam teruja mewarna batik ni. Tak sangka ramai betul yang berbakat rupa-rupanya. Bila dikumpulkan semua hasil mewarna batik tu, weh lawa-lawa la korang warna. Pandai betul bermain dengan warna.






Naik Traktor Dan Bas Mini Ke Homestay Sungai Sireh



Walaupun bukan aktiviti utama, naik traktor yang disambungkan bahagian belakang seperti trem merupakan pengalam pertama buat Yaya. Berebut-rebut semua orang nak naik traktor. Untuk lebih adil dan traktor pun tak mampu nak tampung semua rakan media, mereka yang naik traktor masa pergi, balik nanti sila naik bas. Adil gituh. Sama-sama merasa. Haha.

Yaya naik traktor masa nak pergi ke destinasi seterusnya. Seronok betul naik traktor round kampung. menikmati pemandangan sawah padi di sepanjang perjalanan. Dengan keadaan hujan renyai-renyai, keadaan memang riuh betul. Serius seronok.

Beraktiviti di Homestay Sungai Sireh



Di sini kami melakukan aktiviti mengikut zon kami iaitu Zon Pantai Timur, Utara, Selatan, Tengah dan juga Borneo.

Sebelum itu kami diberi penerangan mengenai Homestay Sungai Sireh. Homestay Sungai sireh merupakan homestay berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Di sekeliling homestay di tanam dengan pelbagai tumbuhan herba. Kat situ juga ada dipamerkan peralatan tradisional.



Peralatan yang tergantung tu namanya beduk. Pada masa dahulu, beduk ni lah yang diketuk sekiranya di surau ataupun masjid di kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Lagi satu adalah alat untuk mengangkut kayu balak.



Ini tugasan kumpulan kami. Mencari perkataan tersembunyi yang mengandungi nama alat-alat tradisional. Ada kumpulan kena cari nama tumbuhan herba di sekeliling homestay. Pendek kata enjoy juga beraktiviti di homestay ni.

Kemudian kami di bawa sekali lagi menaiki traktor dan bas meredah kampung. Dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi. Kebetulan, banyak pula rumah penduduk di kampung-kampung sekitar mengadakan kenduri. Kami dari atas traktor sama-sama melaungkan ucapan ' Selamat Pengantin Baru' sambil melambai-lambai tangan. Haha. Gamat betul suasana.


Minum air kelapa muda


Walaupun hujan rintik-rintik, tapi tengok air kelapa muda tu tak ada langsung rasa sejuk nak minum. haha. Memang terliur tengok air kelapa segar dalam balang. Sekejap je sebalang air tu licin. haus sangat nampaknya. Hihi.


Seronok minum air kelapa, kemudian kami diberi taklimat ringkas. Mengenai aktiviti yang akan dijalani. Kena tanam padi, memancing dan menggagau ikan keli!

Menanam padi


Tugasan menanam padi kena pada rakan media dari pantai timur dan borneo. Kumpulan Yaya lah tu. Pantai timur 2 petak sawah, media dari borneo pun kena penuhkan 2 petak sawah juga. Saiz petak tak besar mana, tapi kedalaman lumpur tu tak boleh bawa bincang. Kalau Yaya terjun masuk harus tenggelam sampai pangkal peha..almaklumlah..tak berapa nak tinggi. Jadi, Yaya mampu bagi sokongan dari tepi batas jer lah. Hahaha. Alasan sangat tuh..


Memancing Ikan

Ada kumpulan kena memancing ikan keli guna joran buluh. Kumpulan media dari Zon Selatan dan Tengah kena memancing.



Menggagau ikan keli. 

Yaya tak turut serta. Ingat Yaya berani ke pegang ikan. Hahaha. Memang tak lah. Apa lagi ikan keli. Jeles juga dengan dorang..ada pengalaman best. Kita tumpang tengok je lah sambil gelak-gelak. Hihi



Mandi dalam palong

Tadi dah bermain lumpur, kemudian sambung pula seronok dengan masuk palong.  Palong ni sebenarnya parit yang mengalirkan air ke sawah padi. Untuk makluman korang, sistem pengairan air ke sawah padi di Selangor la yang terbaik di Malaysia setakat ini.




Kenangan manis bersama rakan-rakan media di Homestay Sungai Sireh pasti tak akan dilupakan.



Homestay Sungai Sireh

Lokasi : Kampung Ampangan, Tg Karang
(Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Shah Alam)

Tarikan : Tinggal bersama keluarga angkat, aktiviti kampung, berkayak, ’jungle tracking’ aktiviti memasak makanan tradisional, aktiviti sawah padi, memancing di tali air dan pertunjukan kebudayaan

Kemudahan : Penginapan, tempat berkhemah, tempat letak kenderaan, surau, kantin, dewan serbaguna, pentas terbuka.

Bayaran : berdasarkan pakej yang ditawarkan (RM40.00 - RM110.00 seorang untuk pelajar, RM60.00 – RM200 seorang untuk pelancong)

Homestay Sungai Sireh menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi menyambut kedatangan anda, deruan sungai mengalirkan air bersih lagi segar. Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Jumlah bayaran penginapan dan aktiviti di Homestay Seri Gambut, Sungai Sireh.

Pada musim menuai, pelancong juga berpeluang melihat sendiri cara tradisional untuk memproses padi menjadi beras dengan menggunakan lesung dan indik.

Jika datang sebelum musim menuai, katanya, mereka juga akan dibawa memancing belut di tali air berdekatan.

Bagi mereka yang mengambil pakej tiga hari dua malam, mereka boleh menyaksikan persembahan kebudayaan setempat seperti tarian kuda kepang, cempuling dan ghazal yang dipersembahkan penduduk.

"Selain itu, kami juga mengadakan acara 'jungle tracking'. Program homestay di sini mendapat sambutan hangat daripada ramai pelancong. Malah, ada pelancong mengatakan mereka seperti tidak cukup masa untuk menikmati apa yang kami sediakan," katanya.

Lebih menarik, pakej yang disediakan juga berbeza mengikut keadaan seperti musim cuti sekolah, khusus untuk anak muda serta pakej biasa.

Pelancong juga berpeluang menikmati pelbagai makanan setempat yang mungkin tidak pernah mereka nikmati selama ini seperti ulam dan pelbagai buah-buahan tempatan.

Selain itu, aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di Homestay ini yang mana akan menjanjikan satu kenangan menarik di Tanjung Karang.

Lokasi perkhemahan Homestay Sungai Sireh.

Bagaimana ke sana?
  • Pelancong boleh memandu sendiri untuk ke Sungai Sireh melalui Lebuh Raya Utara Selatan sebelum masuk ke persimpangan di Sungai Buloh dan meneruskan perjalanan ke Tanjung Karang melalui Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor.
  • Kira-kira 5 kilometer selepas pekan Tanjung Karang, terdapat satu simpang ke kanan menunjukkan jalan ke Sungai Sireh.
  • Pelancong juga boleh menghubungi agensi pelancongan yang menyediakan kenderaan untuk ke Sungai Sireh.


Untuk lebih info boleh hubungi:

De Seri Niaga Enterprise
Agrotourism Homestay Sungai Sireh,
Lorong A/P 23, Kampung Ampangan,
Parit Satu, Sungai Sireh,
45500 Tanjung Karang.
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 6019-346 7372 / 6013-305 1470 /  03-3269 2400
Email: sgsireh@gmail.com

You May Also Like

3 Comments

  1. bestnya dapat merasa banyak pengalaman dekat homestay ni. Tak pernah lagi try mewarna batik sebab tangan tak berseni, takut tak menjadi secantik orang lain

    ReplyDelete