Assalamualaikum,

Resepi Kerepek Ngaku Rangup ! | Chinese New Year hampir tiba tak lama lagi dan masa ni juga akan muncul kerepek ngaku ni. Kerepek ngaku dibuat daripada buah ngaku, ataupun dikenali dengan nama 'arrow head'. Dikalangan orang kita pula dikenali dengan nama sengkuang cina.

Yaya selalu lah tengok buah ngaku ni di pasaraya Giant. Kerepek ngaku pun ada di jual. Tapi tak pernah pula makan kerepek ngaku. Tengok harga sebalang kerepek ngaku pun boleh tahan mahalnya.

buah ngaku


Malam kelmarin jalan-jalan di Giant terpandang buah ngaku. Besar-besar pula tu. Harga pula tak sampai RM 5 sekilo. Terus Yaya pilih beberapa biji. Pilih buah ngaku bertangkai supaya nanti boleh pegang tangkai tu masa nak sagat.

Mudah je sebenarnya nak buat kerepek ngaku ni. Kalau tengok kat youtube ada yang terus sagat buah ngaku masuk ke dalam kuali. Tapi memandangkan skill menyagat masih belum tahap advance, suami Yaya sagat dalam bekas je. Lepas tu baru goreng.

Terima kasih  encik suami, tolong sagat, tolong goreng. Si isteri kalut nak merasa kerepek ngaku, padahal kalut juga nak berbuka puasa. Kalau dah rasa nak makan tak boleh tahan. Ada yang spesies sama macam Yaya ni? Hihi.

Beberapa gorengan mula-mula tu tak tabur garam pun. Nak tau rasa kerepek ngaku yang asli. Memang sedap. Dah ada rasa lemak tersendiri. Lepas tu cuba pula tabur sedikit garam ke dalam kuali. Sedap juga. Lemak-lemak masin.


TIPS MEMBELI BUAH NGAKU


  1. Pilih yang bertangkai supaya senang nak pegang masa sagat
  2. Tengok bahagian bawah buah ngaku, pilih bahagian bawah ngaku yang tak pecah sangat
  3. Yaya rendam sekejap buah ngaku dalam air garam bertujuan untuk matikan kuman


Buah ngaku yang dah dikupas

sagat semua sekali, nanti baru goreng



RESEPI KEREPEK NGAKU / ARROW HEAD / SENGKUANG CINA


  1. Sagat buah ngaku. Boleh terus sagat dalam kuali atau dalam bekas lain dulu.
  2. Goreng dengan minyak yang banyak
  3. Tabur sedikit garam ke dalam kuali semasa menggoreng (tak nak letak garam pun tak apa)
  4. Goreng sehingga sedikit perang.
  5. Angkat dan toskan
kerepek ngaku rangup!

Dapat lah sebalang kerepek ngaku. Ni Yaya beli buah Ngaku tak sampai sekilo pun. Jadilah buat kudap-kudapan. Lepas hajat nak merasa kerepek ngaku. Betul la macam orang kata. Memang sedap! Rasa lemak-lemak buah ngaku tu memang sedap. Nak tau betul ke sedap kenalah cuba buat. Malas buat tak apa, pasaraya banyak jual. Hihi.

24 Comments

  1. Tahun lepas akak buat..tahun ni x sempat lagi..tgok la nanti..nak cari cuah ngaku ni

    ReplyDelete
  2. takdela mahal sgt ye yaya harga buah ngaku ni.. memang dengar org cakap sedap kerepek ngaku ni.. tp belum perasan lagi org jual kerepek ni.. teringin jugak nak rasa kan.. hihi

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi try buah ngaku ni. bila baca ni rasa macam nak try buat jugak lah kerepek dari buah ngaku ni. Nak pergi terjah tesco lah kot ada stok banyak. terima kasih share resipi

    ReplyDelete
  4. Sedap kannnn.. Saya pun suka makan ni... Tpi dah lama xbuat sebab M tu mninggi

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kerepek ni Suami Sis kemain suka, rasanya dah beli 4 botol kot habis..ni ada sebotol lagi kat rumah..beli rm15 sebotol, tengah nak CNY ni banyak jual tepi jalan dan Mall...nak try laa buat sendiri tapi tak rajin plak huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Yum!!!!!!!! Memang rangup dan delicious nampak kerepek nie. Apá yg best skali ia diperbuat dari sengkuang. Nice!!!!!!!!! Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. 1st time dgr buah ngaku.dh terbayang buah sukun.hehe

    Nak kena try juga ni.sbb suka makan kerepek.tq share info

    ReplyDelete
  8. Mak Rawlins pun memang akan buat sendiri kerepek ngaku nie. Dulu masa kecil, Rawlins dan adik la jadi tukang sagat dan goreng. Hehe

    ReplyDelete
  9. puas memikir apa tu ngaku...oh rupanya sengkuang cina. ida pun suka makan..sedap. boleh la try nanti buat kerepek plak

    ReplyDelete
  10. Rasanya tak tahu menahu tentang buah ngaku ni atau pun pernah makan kerepek ni..

    ReplyDelete
  11. First time dengar resipi ngaku ni. Nampak sgt bandar ni haha. Sedap tak makan? Tgk ramai yg komen suka makan

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi buat sendiri even makan pun rasanya tak pernah lagi. Padahal dah banyak kali dah dengar pasal ngaku ni.

    ReplyDelete
  13. saya pernah buat tapi macam tak jadi je, jadi lembik. ke tak sempat nak kering betul2 tak sure pulak

    ReplyDelete
  14. Kitapun baru buat hari tu. Sekejap jer sebalang abis hehehe

    ReplyDelete
  15. Oo kerepek ni dari buah ngaku ke.. Hehew.. Nad tau makan je.. Ni yangvrasa manis tu kan..

    ReplyDelete
  16. tak pernah merasa kepek ngaku ni.
    but sgt nak mencuba. buah ngaku pun tak brape kenal hi hi hi hi...
    nanti kalu jumpa, mcm nak try. mudah.
    tq for sharing. anak2 suka makan kepek kepek gini. ringkas.

    ReplyDelete
  17. Murni pon tak pernah makan..sedap rupanya patutla orang pakat duk borong..ingatkan makan nuat sayur @sup, rupanya buat kerepek..nanti nak beli juga la

    ReplyDelete
  18. hai , salam perkenalan , datang singgah dan follow , jom follow sys balik https://bondayana393.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Sis paling suka ngaku ni..sebalang boleh habis sis seorg je..hehehe. selalu beli je..buat x pernah lagi

    ReplyDelete
  20. first time tau pasal ngaku atau sengkuang cina ni. ada nampak dkt pasaraya tapi tak tau pulak nama. nak trylah nnti. :)

    ReplyDelete
  21. xsangka plak sengkuang cina ni boleh dijadikan kerepek yaa...pertama kali dengar ni...boleh jgk nk mencuba2 nnti..thanks sharing

    ReplyDelete
  22. haha... u pun suka kerepek ngaku! Mmg sedap kan, masa raya cina je yang byk ngaku ni! Mak mouse mommy pun dah goreng 16 tin besar! Happy CNY!

    ReplyDelete

Komen yang mebina sangat dihargai. Terima kasih.