Assalamualaikum,

SAMBUTAN TAHUN BAHARU DAN PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU | Meriah betul majlis sambutan ambang 2020 bertempat di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Yaya pergi berdua je dengan suami. Dating di ambang 2020 gitu. Bukan selalu dating tengah malam ni. Hihi. Tak sangka ramai betul yang hadir untuk majlis ni. Penuh ruangan parkir. Menapak tak la jauh mana tapi lenguh juga la kaki ni..hihi





Waktu kami tiba sedang berlangsung forum perdana dikendalikan oleh Ustaz Haslin Baharim dan Ustaz Abdullah Khairi. Sebelum itu juga telah diadakan Solat Isyak Berjemaah & Solat Hajat Perdana.



Sebelum bermulanya majlis pelancaran, makan-makan disediakan. Dihidangkan 8 jenis makanan mewakili 8 daerah di Terengganu.

8 hidangan istimewa mewakili 8 daerah di Terengganu 


  1. Kuala Terengganu - Nasi Dagang, Asam Gumpal
  2. Marang - Pulut Gaul Nyor, Ketupat Sotong
  3. Kemaman - Leman, Serunding, Otak-Otak, Pais, Sata
  4. Hulu Terengganu - Bubur Jagung
  5. Dungun- Lempeng Nyor
  6. Besut - Ubi Tonyoh
  7. Kuala Nerus - Keropok Lekor, Colek Buah
  8. Setiu - Sate Lanang Jabi


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Ustaz Ariffin Bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu.




Dalam ucapan, beliau memaklumkan pencapaian sektor pelancongan negeri Terengganu amat memberangsangkan kerana peningkatan kedatangan pelancong ke negeri Terengganu sebanyak 9.8% untuk Januari sehingga September 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Strategi promosi pelancongan terbahagi kepada dua iaitu:

a) Domestik - Roadshow Daerah-daerah & Negeri-negeri
b) Antarabangsa - ITB Berlin dan ATM Dubai

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan memfokuskan kepada pasaran pelancong yang kian meningkat di Malaysia iaitu China, India dan Timur Tengah.

Terengganu Drawbridge menerima pengunjung yang amat memberangsangkan sehingga mencatat kedatangan pengunjung secara purata lebih 2,000 orang sehari.(3hari terakhir tahun 2019 lebih 3,000 pengunjung sehari)

Perkhidmatan aktiviti Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise memperoleh peningkatan sebanyak 18% pada suku tahun ketiga dan keempat tahun 2019 dibandingkan tahun 2018.

Anugerah yang diterima pada tahun 2019:

a) Malaysia Tourism Council Gold Awards
i. Best New Tourism Icon (Terengganu Drawbridge)
ii. Best Tourism Program (Candat Sotong)
iii. Best 4 Star Resort (Mimpi Perhentian)

b) World Top Tourism Awards
i. AnugerahTop Beach Resort in Malaysia
(Summer Bay Lang Tengah Beach Resort)

Pakej-pakej pelancongan yang baharu akan diwujudkan untuk memenuhi pasaran dana antara fokus pakej yang akan dibangunkan adalah Pakej Pelancongan Mesra Muslim.

Buat julung kalinya sejak Tahun Melawat Malaysia 1994, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan menganjurkan Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu.

Pakej Anugerah ini mempunyai 13 kategori yang dipertandingkan dengan sejumlah 31 anugerah penghargaan yang akan disampaikan. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 10Januari 2019. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.


Majlis diteruskan dengan ucapan Pelancaran Tahun Baharu 2020 disampaikan oleh Dato' Haji Yahya Bin Haji Ahli, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.


Agenda seterusnya adalah Gimik Pelancaran Calendar of Events 2020 (COE 2020) dengan pemberian poster COE 2020 kepada Agensi & NGO Negeri Terengganu. Wah, banayaknya program. 26 acara utama bakal berlangsung di Terengganu sepanjang tahun 2020! Jom bercuti ke Terengganu! 



26 acara utama yang akan bakal berlangsung di Terengganu pada tahun 2020




1. Gathering of Young “Pendikir”
2. TSG Shimand Fellowship Ride
3. Terengganu Bike Week
4. “Candat Sotong” Carnival
5. Terengganu International Paragliding Tournament
6. Berang Rivers Kayak & Fishing Expedition
7. Drawbridge “Kolek” Festival
8. Madinah Ramadhan
9. Beautiful Terengganu “Pelita Raya” Competition
10. Turtle Conservation & Preservation Campaign
11. Setiu Wetlands Festival
12. Terengganu International CFA Cat Show
13. Kenyir Festival
14. Terengganu International Islamic Tourism Conference & EXPO
15. Terengganu Open Gamelan Music Competition
16. Terengganu Peranakan Festival
17. Sound & Taste of Terengganu
18. Terengganu Beach Carnival
19. Sultan Mahmud Bridge International Run
20. Terengganu Tenggiri Challenge
21. Terengganu Mosque Carnival
22. Sultan Mizan Cup
23. Perhentian Island Challenge
24. Kemaman International Motorcross Challenge
25. Terengganu MonsoonChallenge
26. ASEAN Monsoon Casting Tournament

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra dengan ikon Terengganu.

5 Ikon Terengganu sempena tahun melawat Malaysia 2020


1) Johan Tilawah Al-Quran - Ust. Abdul Hadi Che Abd Halim
2) Pasukan Bola Sepak Terengganu
3) Pasukan Hoki Terengganu
4) Pasukan Basikal TSG
5) Apex Mentor Milennia

Persembahan dari Apex Mentor Milennia menyampaikan lagu Blues Terengganu Kita









Bacaan Asma Ul Husna dialunkan meraikan kedatangan tahun baru 2020. Alhamdulillah, pengisisan program untuk sambutan tahun baru  dan tahun melawat Malaysia 2020 peringkat negeri Terengganu penuh dengan manfaat.





Sebelum bersurai sempat kami pengamal media sosial Terengganu termasuk Blogger, Influencer, travel agent bergambar kenangan bersama-sama dengan Pengarah Tourism Terengganu (baju purple melayu), Pengarah Promosi Tourism (En.Fathil), Exco Pelancongan, Ustaz Ariffin (baju melayu krim), PSU pelancongan (kanan sekali baju putih).


Selamat Tahun Baru 2020. Semoga Allah sentiasa melindungi kami, merahmati rakyat negeri Terengganu dan seluruh Malaysia. Aamiin. Jom sama-sama terus menyebar luas liputan dan publisiti yang positif mengenai Malaysia dalam pelbagai platform media. Semoga produk pelancongan Malaysia dan Terengganu khususnya berkembang ke serata dunia.