Pantang larang makan kurma

by - Thursday, July 19, 2012

Assalamualaikum....

Kurma banyak khasiat tapi kurma pun ada pantang larang nak memakannya..Antaranya dengan jelas Rasulullah melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu terdapat juga larangan nabi yang melarang makan kurma dalam beberapa situasi :

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a :

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.


Terdapat juga hadis lain yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekaligus.

Hadis Ibnu Umar r.a :

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya :

'' Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya : Janganlah kamu mengambil dua biji kurma sekaligus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.''

(sahih Muslim : no 3809)













.

You May Also Like

5 Comments

  1. Pagi ini kakcik sempat makan sebiji kurma sebelum keluar ke pejabat. :)

    ReplyDelete
  2. good information..salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. maknanya xelok la makan kismis dengan kurma sekali....dulu penah buat,tamak nak mkan dua2...

    ReplyDelete
  4. oh, tak tau pulak tak boleh mkn kurma masa tgh sakit mata...

    tengs utk info ni...

    ReplyDelete
  5. Kalau yg makan kurma sekali gus dua biji tu mesti jenis tak sabar dan dah lapar sangat hihi...

    ReplyDelete